Rabu, 29 Oktober 2008

HATI YANG SEJAHTERA ADALAH HATI YANG.....

HATI YANG SEJAHTERA ADALAH HATI YANG.....


.....KENAL DAN MENCINTAI ALLAH S.W.T
DAN TAKUT KEPADANYA.

....MELETAKKAN ALLAH DAN RASUL-NYA
DITEMPAT YANG TERTINGGI DALAM
KEHIDUPAN HARIANNYA, SECARA KONSISTEN.

...DEKAT DENGAN ALLAH DAN MENJADIKAN
KEHIDUPANNYA BERPAKSIKAN MENCARI
KEREDHAAN ALLAH.

....BEBEAS DARIPADA PENGARUH AMARAH,
SYAHWAT DAN SYAITAN.

....DIPANDU OLEH NILAI-NILAI MURNI,
DAN DAPAT MEMANDU KEPADA KEBAIKAN
ORANG LAIN.

....SENTIASA TAWADUK DAN MENRENDAH
DIRI.

....GHAIRAH PERKARA-PERKARA KEBAIKAN
DAN KEBAJIKAN DAN SANGAT BENCI SEGALA
BENTUK KEJAHATAN, WALAU SEKECIL MANA
SEKALIPUN....

Kamis, 23 Oktober 2008

Bijak laksana tuntutan Islam dalam pemerintahan Pakatan Rakyat


Bijak laksana tuntutan Islam dalam pemerintahan Pakatan Rakyat 
Roslan SMS 
Tue | Oct 21, 08 | 9:28:36 am MYT 

Sedar tak sedar kini sudah lebih 7 bulan berlalu setelah berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Sebagaimana yang semua kita maklum pilihan raya berkenaan merupakan pencapaian terbaik PAS kerana berjaya mempertahankan kuasa di Kelantan di samping terlibat membentuk kerajaan negeri yang baru di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
  
Sebagai pendokong gerakan Islam kita yakin bahawa kemenangan perjuangan ini merupakan janji Allah SWT ke atas setiap yang ikhlas berjuang sejak dari zaman junjungan kita Rasulullah s.a.w. sehinggalah ke saat ini. Allah SWT berfirman: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)" (an Nur: 55) 

Lantaran itu cabaran besar yang menimpa kita kini setelah dianugerahkan kemenangan oleh Allah SWT itu adalah bagaimana kita mengisinya. Dari kelima-lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu, hanya Kelantan sahaja yang didominasi oleh kekuatan PAS semata-mata, manakala di negeri-negeri lain, PAS bergantung pada kekuatan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat termasuklah di Kedah. 

Walau bagaimanapun tugas kita sebagai sebuah gerakan Islam perlu terus kita galas dan perjuangkan tambah-tambah apabila kemenangan telah dikurnia oleh Allah SWT pada kita. Sebagaimana yang disentuh oleh Tuan Guru Presiden dalam muktamar kita baru-baru ini, bahawa negeri-negeri yang kita perintah akan kita isi dengan pengisian Islam dan malah Tuan Guru Presiden menyarankan agar di negeri-negeri yang berkenaan, kita bijak dengan mengambil kaedah yang digunakan oleh Khalifah Umar bin Abd Aziz yang mampu menyalurkan pengisian Islam dalam tempoh singkat pemerintahnnya. 


Memang ikatan tahaluf antara kita dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mendesak kita agar memerintah bersama di negeri-negeri ini, namun demikian syarat-syarat tahaluf yang Islam tuntut daripada kita adalah bahawa tahaluf itu tidak mengikat kita sehingga menjejaskan prinsip perjuangan. Dalam hal ini kita yakin rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sedar dan mengiktiraf dasar dan komitmen perjuangan PAS sebagai sebuah parti Islam. 

Lantas atas kitalah untuk mengemukakan cadangan, pelan dan syor untuk menyuntik roh Islam ke dalam kerajaan-kerajaan yang melibatkan penyertaan PAS ini. Setiap pimpinan dalam kerajaan sama ada Menteri Besar, Exco, Adun mahupun ahli-ahli PBT, ketua-ketua kampung dan JKKK perlu terus berdakwah dalam setiap ruang dan peluang yang ada. 

Gejala sosial dan keruntuhan akhlak umpamanya yang sebelum ini kita kaitkan dengan kelemahan Umno dan BN, perlulah kita tangani dan selesaikan kini setelah kita yang memegang tampuk pemerintahan. Program-program maksiat umpamanya tidak seharusnya terus kekal setelah kita kini menjadi sebahagian daripada kerajaan. Pimpinan kita di semua peringkat tadi perlu mengemukakan saranan dan jika perlu alternatif dan syor agar amalan maksiat kerajaan yang terdahulu tidak lagi diteruskan setelah kita berkuasa. 

Jika tidak maka rakyat akan menempelak bahawa tidak ada bezanya antara kita dengan pentadbiran yang terdahulu dan lebih malang lagi kita seakan durhaka pada Allah SWT setelah peluang dikurnia kepada kita! Mungkin kita akan dihukum pada pilihan raya ke-13 nanti. 

Tuan Guru Presiden dalam muktamar di Ipoh baru-baru ini mengingatkan kita bahawa kerajaan negeri yang kita bina wajib melaksanakan mesej Islam dan hukum-hukumnya mengikut kemampuan yang ada pada kita. Dalam erti kata lain tuntutan perlaksanaan itu terus kekal, namun tertakluk pada kekuatan perwakilan kita dalam kerajaan negeri-negeri berkenaan. 

Kata Tuan Guru lagi, kitalah yang perlu membuktikan bahawa syariat Islam ini mampu membangkitkan kesan yang baik kepada masyarakat dan kesan itu hanya dapat ditinjau oleh semua apabila ianya dilaksanakan. 

Kini tugasnya terpikul atas kepala dan bahu setiap kita yang duduk atau merupakan sebahagian daripada kerajaan-kerajaan ini. Biar semua yang di bawah kuasa kita nampak akan bentuk dan rupa Islam itu dengan harapan satu hari nanti mereka akan bersama menuntut untuk bernaung di bawahnya. 


Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS. _

Senin, 13 Oktober 2008

Rindunya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz


Rindunya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz
Oleh jeefatt

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.  


Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin
meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan. 

 
Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.

Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah” 

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”


Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


Oleh: Ibad Ahmady
http://al-futhuhat.blogspot.com

Mahathir iktiraf Ustaz Azizan


Mahathir iktiraf Ustaz Azizan

Oleh Roslan SMS

Dalam sejarah Melayu Bendahara Melaka, Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang atau Tun Perak digelar "Pelantik Raja". Ini lantaran teguhnya cengkaman beliau ke atas Istana Melaka sehinggakan mana-mana anak Raja Melayu Melaka yang tidak dikiranya tidak layak atau mengundang marahnya tidak akan berpeluang menjadi Sultan Melaka.

Di Malaysia hari ini kalau kita teliti pelbagai laporan dan ulasan berkenaan pengunduran Dollah Badawi, kita akan dapati betapa liciknya peranan bekas PM Tun Dr Mahathir sehinggakan bekas Menteri Zaid Ibrahim menyebut:

He (Tun) has a large group of friends, otherwise the PM (Dollah) would not have been "thrown out" just like he wanted. Mahathirism was all control, control, control. He has a strong influence on the top Umno leadership who had to choose between doing his bidding or facing his wrath.

Adakah Tun juga "pelantik Raja"?

Namun "posting" saya ini tidaklah berhasrat untuk mendalami isu berkenaan, memang Tun adalah satu karekter yang tidak mudah dipadam dari politik Malaysia. Sejak bersara sehingga kini bneliau tersu mewarnainya entah sampai bila lagi.

Apa yang menarik minta saya untuk dikongsi di sini adalah wawancara beliau dengan Joceline Tan dalam The Sunday Star hari ini. Apabila ditanya adalah Barisan (BN) mampu menebus kembali negeri-negeri yang ia tewas kepada Pakatan Rakyat, Tun berkata:

Ia sukar tetapi tidak mustahil terutama di negeri-negeri yang PR menang tipis umpamanya di Perak dan Selangor. Kedah dan Pulalu Pinang lebih sukar. Manakala Kelantan sudah pastilah mustahil (no go).

Itu bacaan Tun dan Tun walaupun mungkin "Pelantik Raja" tetapi bukanlah ahli nujum atau pakar peramal. Kita tidak semestinya berkongsi setuju dengan pandangan beliau itu. Tetapi apa yang menarik bagi saya adalah alasan yang beliau berikan dalam wawancara itu untuk membuktikan yang Kedah sukar ditebus kembali oleh BN. Katanya: 

In Kedah, this man (MB Ustaz Datuk Seri Azizan Abdul Razak) has not tried to make a Kelantan in Kedah. He has been very careful, quite smart and he wants to please people.

Bukan senang bagi "gergasi tua" ini untuk memberikan ulasan positif terhadap seorang pemimpin PAS, tetapi dalam hal ini ternyata beliau kagum dengan kemampuan MB Kedah dari PAS itu. Kalau kawan kagum dengan kita itu perkara biasa tetapi apabila musuh bertaraf "Pelantik Raja" kagum, kita turut berbangga dan mendoakan semoga Ustaz Azizan dan barisan pimpinan PAS di Kedah akan terus melangkah berani dan membuktikan keadilan dan kemampuan Islam yang sebenar dalam mentadbir negeri yang juga merupakan negeri asal "Pelantik Raja" tadi.

Minggu, 12 Oktober 2008

Belajar dari Burung Hud-hud


Insyallah ini dalam rangka siri Tazkirah Mingguan, bermula dengan minggu ini dan seterusnya...jadi nonton blog saya bukan untuk suka2 aja...tapi untuk dapat ilmu akhirat juga...gimana?bisakan...

Akhi dan ukhti fillah


Kalau kita membaca Al-quran, kita akan sering mendapati kisah-kisah yang Allah paparkan. Kisah merupakan satu satu method mentarbiyyahkan ummat islam. Oleh kerana itu, kisah-kisah atau cerita-cerita itu bukan sekadar cerita, tetapi di sebaliknya terdapat hikmah dan pelajarannya bagi umat islam.


Diantara kisah yang ditayangkan dalam Al-quran adalah kisah burung hud-hud dengan Nabi Sulaiman a.s, seekor burung yang melakukan kerja dakwah tanpa menunggu perintah terlebih dahulu. Ia mengintai aktiviti suatu kaum yang dengan sebab kabar itulah, segolongan umat mendapat hidayah Allah dan masuk islam. ALLAH berfirman “ Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata “ mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang”. Maka tidak lama kemudian ( datanglah hud-hud), lalu berkatalah ia, “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamua dari Saba’ suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar.” (An-Naml/27: 20-23)


Tindakan burung hud-hud janganlah dijadikan dalil untuk tasayyub(uncontrol), tetapi harus difahami dengan positif bahwa yang dilakukan burung hud-hud merupakan tindakan memanfaatkan furshah (peluang) untuk menjalankan misi dakwah. Dakwah yang diawali dengan mengetahui keadaan spiritual mereka. 


Burung hud-hud tidak keluar dari tujuan dan sasarannya, juga tidak melanggar prinsip-prinsip umum atau mengabaikan perintah lainnya yang lebih utama. Tetapi kisah tersebut menunjukkan bahwa pada diri prajurit tersebut terdapat ciri yaqzhah ( selalu alert our mission), diqqah (teliti) dalam beramal dan semangat untuk menyedarkan masyarakat. Juga menunjukkan bahwa pada diri pemimpin terdapat sifat dan sikap kontrol, ketegasan pemimpin dan penyelesaian persoalan anggotanya, sekecil apapun persoalan itu dan dilakukan oleh anggota serendah apapun levelnya.


Kecerdasan dan kecemerlangan berfikir burung hud-hud tersebut telah ia manfaatkan untuk mengambil kesempatan untuk mencari berita dan kabar suatu kaum kerana ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah islam kepada mereka, mengajak mereka mentuhidkan Allah serta dengan tindakan yang bijak, menunjukkan yang gemilang serta keberaniaan dalam mengemukan uzur (alasan).


Keberanian burung hud-hud untuk berbicara kepada Nabi Sulaiman a.s kerana kabar yang dibawa burung hud-hud merupakan kabar penting dan Nabi Sulaiman a.s belum mempunyai kabar tersebut. Kalaulah ia terlambat tanpa ada hal yang akan ia sampaikan,maka dengan kelemahan dari segala hal, maka ia tidak akan mampu untuk berbicara lantang di hadapan pemimpin.





Sabtu, 11 Oktober 2008

USD 77 SETONG!!!!



Harga minyak dunia telah turun kepada peringkat harga yang murah....tetapi kerajaan masih dengan lamunan mimpi kepada PERALIHAN KUASA....sepatut lupakan sekejap PERALIHAN KUASA!!!....mari duduk dan perhati betapa susahnya rakyat MALAYSIA untuk mendapatkan sesuap nasi...turunkan lah harga minyak tu...at least kembali kepada harga sedia kala RM 1.92 sen atau lebih murah dari itu...hari ini 11/10/2008 ( http://www.bloomberg.com/energy/) harga minyak dunia telah mengalami penurunan yang signifikan yaitu USD 77 untuk 1 barel, yang kita tunggu apa lagi yang mahu diberi alasan kepada rakyat..rakyat sudahpun merempat di negara sendiri, jangan tambah lagi kesengsaraan kami rakyat malaysia....sekarang gaji RM3000 seperti nya tidak ada artinya....contoh pembelanjaan bulanan yang mungkin boleh jelaskan dengan terperinci


1. Sewa rumah : teres 2 bilik sahaja minimum RM 300 
2. Loan kereta : untuk kereta nasional minimum RM 500 
3. Bil elektrik : sebulan RM 200  
4. Bil air : RM 100 
5. Keperluan harian : untuk satu family  
• makan : spend RM 70 x 30 hari : 2100 
• shopping keperluan diri : RM 100 sebulan 

• hantaran untuk keluarga di kampung : RM 200 sebulan


untuk 5 item ini saja kita telah memakan belanja : RM 3500 SEBULAN !!!! bermakna kita minus RM 500...


ini belum disertakan lagi duit untuk tabungan anak-anak suatu hari akan masuk university, atau suami isteri yang bercita-cita untuk mengerjakan IBADAH HAJI di baitullah, untuk mendapatkan rumah tetap, sampai bila untuk terus menyewa?


Peralihan kuasa tidak memberi keyakinan kepada rakyat....pemerintah dalam hal ini PERDANA MENTERI tidak pernah menyebut untuk menurunkan harga minyak di malaysia.


Berjimat cermat? Itu buat lucu...keperluan semua mahal...harga melambung tinggi..siapa yang tidak terasa? Kalau ada tolong informkan kepada saya...


Akibat kesempitan dan keperitan yang dialami oleh rakyat...selama ini itu mereka akan mencari sumber kewangan diluar dari gaji mereka...kalau yang mencari melalui sumber yang baik tidak dipermasalahkan...tetapi yang kita khuatirkan sebaliknya...dr. mashitah pernah menyebut menjadi pelacur dibenarkan kalau dalam kedaruratan kewangan..ini fatwa yang paling mencabar syariat islam...Mufti Perak Dato’ Harusanni teruk menempelak cara itu adalah sama sekali HARAM!!



Jumat, 10 Oktober 2008

Ye-ye Raya...


ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR...ALLHAUAKBAR...WALLILAHILHAMD...
syawal tiba setelah ramadhan meninggalkan kita....kalau sahabat-sahabat nabi biasanya mereka akan menangis di akhir2 ramadhan kerana mereka sayang untuk melepaskan ramadhan, tapi apakan daya ramadhan tetap pergi dan sekarang kita diganti dengan bulan syawal yang insyallah banyak juga keenakkan yang telah disajikan oleh sang khaliq antaranya berpuasa selama 6 hari dibulan syawal tidak kira ianya setelah 2 syawal atau dipeertangahan syawal ataupun diakhir syawal...dan diriwayatkan bahwa jika kita laksanakan puasa 6 hari dibulan syawal disamakan kita berpuasa selama 1000 bulan...besar sunggguh ganjaran yang ALLAH sediakan kepada kita umat Muhammad S.a.w ....apabila datang 1 syawal biasa akan identik dengan pakaian baru, bermaaf-maafan jika ada kesalahan dan kesilapan kerana siapa pun manusia yang berada di dunia ini tidak akan pernah luput dari melakukan kesalahan baik sesama manusia mahupun dengan sang pencipta ALLAHUAKBAR!!.....

 Syawal di cipta oleh ALLAH setelah ramadhan yang jika seseorang itu telah meminta ampun atas kesalahannya, mengerja ibadah dengan sebanyak-banyaknya selama ramadhan maka saya yakin dan percaya bahwa kita akan kembali kepada fitrah asal kejadian kita yang bersih dari dosa dan kesalahan insyallah....kembali kepada fitrah ini adalah kita kembali berkelakuan baik, meningkatkan amal kebajikan, tolonga sesama manusia, pemimpin yang tidak menzalimi rakyat, pemimpin yang tidak menISAkan rakyat dengan seenaknya, pemimpin yang kembali kepada petunjuk agung yaitu Al-quran dan Hadis nabi S.A.W, pemimpin yang sentiasa bertaubat kehadrat sang khaliq, pemimin yang tidak merompak uang rakyat, pemimpin yang berlaku adil kepada semua bangsa atau agama, pemimpin yang takut AKAN KEMATIAN....itulah ciri2 pemimpin yang kita rakyat MALAYSIA inginkan...kami tidak mahu dan butuh pemimpin yang menindas dan unfair terhadap rakyatnya...itu lah tujuan syawal datang..bukan hanya untuk pakai baju yang cantik-cantik, bertemu atau bersuai dengan sanak keluarga yang jauh-jauh, atau menghulurkan duit hari raya kepada anak-anak kita...tapi itu tidak salah cuma priority yang ISLAM tegaskan...yang ISLAM inginkan ialah kita bersikap seperti sikap para sahabat rasulullah s.a.w, berakhlak seperti sikap para sahabat rasulullah s.a.w....sidang pembaca blog saya sekalian...rasulullah adalah seorang yang pernah bergelar Jenderal panglima tentera, seorang bapa mithali, seorang ketua kerajaan (PERDANA MENTERI), seorang ahli kewangan, seorang bussinesman, seorang lawyer, seorang hakim, seorang-seorang dan lain-lain lagi....contoh dan pengajaran yang terlampau banyak, jadi ambillah segalanya from our prophet...jangan rujuk kepada yang lain dari ini... 

Ucap Selamat Eidil Fitri Al-Mubarak 
Akhirnya pada kesempatan ini, saya dan serta keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Eidil Fitri Al-Mubarak dengan tazkirah agar kita tingkatkan iltizam berjihad dengan istiqamah hingga diqabulkan Allah dengan kemenangan untuk Islam dan ummah. Diiringi doa semoga Allah menerima amal ibadah dan bakti kita sepanjang Ramadhan dan membawa kita kembali kepada fitrah Islam.

من العاٸدين الفاٸزين المقبولين دان داوچڤکن 

كل عام و انتم بخير وبركة


P/S: Kepada sahabat seperjuangan dan rakan kenalan termasuk non-muslim yang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saya dan keluarga melalui kiriman kad atau sms dan email, diucapkan terima kasih dengan iringan doa kepada yang berkenaan. 


تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم


Ramadhan Pergi Buat Sementara Insyallah!!!


Ramadhan tahun ini aku rasa cukup bermakna dan berarti kerana dapat bersama-sama ibu tercinta Puan hajjah hasnah nawawi dan kesemua adik-beradik yang lebih utama ialah dapat merasai berpuasa, berbuka dan bersahur bersama-sama mereka..ALHAMDULILLAH..walaupun beliau hanya sempat untuk berpuasa beberapa hari sahaja kerana uzur syari’e...ramadhan tahun lalu boleh dikatakan tidak ada ibadat reel yang dapat dilaksanakan secara istiqamah..kerana kesibukan di UGD( emergency room), manusia yang dihantar oleh Allah ke UGD memerlukan pertolongan segera...tetapi tahun ini Alhamdulillah dapat merasakan sedikit kelainan kerana sempat berpuasa di Indonesia dan di tanah air.... dan merasakan nikmatnya berpelukan, ketawa, mendakap atau mengengam ramadhan Al-mubaraq, bulan ALLAH, bulan yang mana pahalanya langsung cash delivery from ALLAH...apabila di akhir2 ramadhan mungkin sahabat yang membaca tulisan terasa pabila akan berpisah, berpamitan, atau menangisi ramadhan al-mubaraq....subhanallah...ramadhan penuh barkah, kerana saya sendiri merasai bahwa memang ramadhan bulan penuh keberkahan....biasanya orang berpikir tentang juadah berbuka, memang tidak dinafikan rezeki melimpah ruah pada bulan yang mulia ini...tetapi saya ingin melihat dari sudut akhlak manusia pada bulan ramdhan yang totally change,
 

contohnya solat subuh di seluruh masjid boleh dinafikan ada tempat yang dibiarkan kosong kerana tidak ada jemaah....tetapi ia sebaliknya...masjid penuh total, masjid di imarahkan dengan jayanya, azan masjid juga berkemudang dan begitu ramai yang antusias dan menyahut seruan azan tersebut.. situasi ini bukan sahaja terjadi di Indonesia atau di malaysia...tetapi terjadi di seluruh dunia, banyak orang berubah nada percakapan mereka...yang sebelum ini sentiasa menggunakan nafsu dalam membalas kata-kata lawan bicara, tetapi ramadhan mengajar lidah untuk menghormati perasaan lawan bicara....manusia menjadi pemurah yang luar biasa...kata sesetengah orang yang pernah berpuasa di Mekkah mukaramah, rezeki subhanallah banyak dan tidak tahu siapakah orang yang bersedekah sampai jemaah-jemaah di masjidil haram dapat berjimat selama 30 hari lamanya hasil dari huluran juadah berbuka dan sahur...orang-orang juga menjadi dahaga pahala....mereka tidak segan-segan menghulurkan zakat2 harta kepada faqir miskin, tidak malu-malu untuk bersama-sama anak-anak yatim atau anak-anak jalanan....mulia dan totally changes....itu la 2 perkataan yang suitable untuk manusia yang berpuasa di bulan ramadhan...kalau assignment yang pernah kita copy dan paste kembali ke kertas yang lain....alangkah lawa dan hebatnya jika dapat paste kembali kelakuan-kelakuan manusia dalam bulan ramadhan kepada 12 bulan kedepan...cantik sungguh...pemerintah tak payah berkerja keras untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk faqir miskin jika semua ambil part masing dalam membantu sesama muslim, seperti dalam lagu nasyid berbahasa inggeris yang berjudul...give a little of yourself.... jadi saya merasa boleh kita kekal dan istiqamah beramal di luar bulan ramadhan...jika kita paste kesemua akhlak, rajin kita, dan sungguh-sungguh kita dalam bulan ramadhan dan sebarkan dalam 12 bulan kedepan...jadi mari kita semua berdoa supaya dapat dipertemukan kembali dengan Ramadhan Al-Mubaraq...bulan penuh kemuliaan..bulan penuh dengan pengajaran dan iktibar..subhanallah...


Rabu, 08 Oktober 2008

MIFTAHUL QALBUN (30-31 OGOS 2008)

Alhamdulillah...akhirnya kita dapat laksanakan program MIFTAHUL QALBUN dengan baik dan lancar...biarpun ada sedikit kekurangan dari segi teknikal atau logistik..tapi dengan pertolongan ALLAH serta kerja kuat AJK program mulai dari pengarah sampailah ajk2nya subhanallah ianya berjalan dengan baik dan sempurna, pada draf pertamanya kita merencanakan malam kesenian islam, yang akan ditonjolkan dalam malam kesenian ini adalah persembahan nasyid, pentomin, dll..tetapi kerana keterbatasan kudrat kita sebagai manusia..maka kita mengubah 180 degrees bentuk program dari malam kesenian islam kepada MIFTAHUL QALBU...apa yang dimaksudkan dengan miftahul qalbu? Miftahul qalbu adalah pembuka hati...bersesuai dengan madu’ kita, lalu didraf lah 2 slot ceramah plus sedikit persembahan nasyid...slot pertama Forum “aku terima nikahnya” dan yang keduanya adalah “7 habits of hihgly effective Muslem” moga-moga terbuka hati semua yang mengikuti untuk tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH s.w.t...

seperti kata ustaz hasrizal dalam ceramahnya...Cuma dengan sms-sms an tentang program,tentatif, tiket ,dan kesesuai tentatif, tanpa memerlukan budget yang besar ..lancar juge...ini semua dengan pertolongan ALLAH... selain ia berjalan lancar...ade beberapa hal yang terdapat dalam catatan saya antaranya, contohnya bantuan kewangan yang tidak kita sangkakan dari alumni-alumni kita yang sudah bergelar doktor di malaysia...itu pun cuma dengan sms-smsan, penglibatan mulai dari senior angkatan 2000 yaitu abang adiyat dan abang mus’ab hingga batch 2007, dan melahirkan jentera yang kuat dan hardworking gua cakap sama luu.., slide show yang disediakan oleh ajk2 multimedia yang cukup terkesan bagi saya as pengarah, slide2 yang ditampilkan oleh mereka cukup menarik utk ditonton dan diteliti moralnya..dan boleh saya katakan bahwa belum pernah ad slide2 sebaik itu selama di makassar ..penglibatan 3 persatuan yaitu PPIM, Kelab Umno luar negeara, PKPMI walaupun mempenyai dasar yang sedikit perbezaan tapi demi ISLAM, ketiga2 persatuan dapat berdiri sama tinggi...penglibatan dr baru, dr ahmad faris biar sibuk melayani ibu dan ayahnya yang datang jauh2 untuk menghadiri konvokesyen beliau, tapi masih sempat meluangkan bukan sedikit masa utk membantu apa-apa saja yang kurang dari ajk...dalam tentatif tidak dimasukkan untuk santapan petang kepada peserta...tetapi hasil bantuan Kelab Umno yang secara langsung terus menyelesai masalah santapan petang kepada peserta dengan hidangan goreng-gorengan..pada hari pertama kehadiran peserta sudah memadai dengan target ajk2...tetapi pada hari kedua..makin bertambah peserta yang join..compare dgn first day..alhamdulillah..itulah beberapa hal yang mungkin bukan saya saja dapat rasai kekuatan ALLAH dalam mengatur hal yang tak pernah kita jangka kan...izinkan saya nukilkan bahasa ALLAH dalam quran memesan...wa ma karu wa ma karallah, wallahu khairaomakirin...akhirul kalam...terima kasih atas semua bantuan tuan2,puan....ketemu di lain program..yang insyallah boleh kita berkerja bersama-sama lagi...