Kamis, 09 Juli 2009

KERANA UMNO !

Sedikit cerita dari Ustaz Nasrudin gambaran mereka yang murabitun di Malaysia.
Dipetik dari Episod Sebuah Perjuangan
Tuesday, January 06, 2009
KERANA UMNO !
SAYA MASUK HOSPITAL
SAYA NAK SAMAN UMNO DI AKHIRAT
Seminggu ini saya terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu . Siang saya di Kuantan sementara malam saya di Kuala Terengganu .
Sepatutnya saya bertugas sepenuh masa di Kuala Terengganu , tetapi oleh kerana jadual persekolahan anak - anak saya belum tetap dan stabil sehingga Isnin depan maka saya terpaksa menguruskan mereka setiap pagi sementara umminya terpaksa keluar mengajar seawal jam 6.40 am.
Perjalanan selama 3 jam dari Kuala Terengganu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa bosan , sepi dan sunyi memandu keseorangan . Tapi apa boleh buat , saya terpaksa menunaikan kedua - dua tanggungjawab tersebut . Antara perjuangan dan keluarga . Semoga Allah swt memberi saya kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran yang berat dan memenatkan ini .
Letih dan Penat
Mengantuk , letih , sakit pinggang , sakit tengkuk dan 1001 macam rasa dalam keadaan sebegini . Sesekali terfikir kenapa aku memilih jalan hidup yang seperti ini sedang orang lain enak tidur di rumah . Sesekali pertanyaan nakal seperti itu menerjah tanpa izin membuatkan sedikit sebanyak diri ini terganggu memikirkannya.
Mana tidaknya , badan letih , makan tidak menentu dan tidur tidak cukup . Masa nak bekerja cari duit untuk bekal masa depan memang tidak ada langsung . Kira makan apa yang ada tapi alhamdulillah sehingga hari ini , makan senantiasa ada . Belumlah kebuluran kerana berjuang walau tidaklah kaya atau mewah seperti orang lain .
Ikut rasa memanglah nak berehat , sungguh letih badan yang kerdil ini . Semalam pun saya hubungi Ustaz Wan Shukairi , dia kata , syeikh ana kena balik tidur segera sebab badan ana dah rasa lain macam . Sejuk panas tidak menentu , bimbang pula esok tidak boleh turun ke majlis penamaan calon . Nampaknya bukanlah saya seorang yang keletihan .
Sebelum saya melanjutkan perjalanan yang jauh ini , saya sempat singgah di sebuah kedai makan dekat kampung Rusila untuk pekena Radix secawan . Kebetulan bertemu dengan Ustaz Azman Syafawi [ Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil p.036 Pemuda Pusat ] , Ustaz Arifin [ Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat ] dan Dr. Shamsuri [ Setiausaha Politik Presiden PAS ] yang juga singgah meredakan ketegangan rasa dan kepenatan tubuh sambil pekena nasi goreng kampung .
Mereka juga gagal menyembunyikan rasa letih dan penat yang amat setelah bertungkus lumus melunaskan tanggungjawab dan amanah perjuangan ini . Saya lihat semua tarik muka 40 .
Beberapa jam sebelum tu , berlangsung mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz tarbiyah PAS Kuala Ibai . Yb. Ketua Pemuda terlewat sampai kerana mempunyai komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadhiran beliau maka saya diminta untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut .
Penghujung mesyuarat , Yb. Salahudin sampai dan saya kembali menyerahkan majlis kepada beliau untuk dipengerusikan olehnya . Sewaktu dia membuka bicara , saya nampak sangat dia keletihan . Maklumlah , kata beliau sedari pagi beliau mempunyai komitmen aktiviti yang tidak boleh di elak termasuk menangani isu Gaza dan bertemu beberapa tokoh tertentu untuk mengatur langkah berkesan menangani isu tersebut . Tambah pula mengambil perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kenderaan darat .
Sungguh memenatkan ! begitulah kenyataan tanpa suara yang boleh saya fahami dari Yb. Ketua Pemuda yang sangat saya sayangi . Idola saya dalam perjuangan ini . Melihat kelibatnya ditengah medan , cukup menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk terus thabat dalam perjuangan ini .
Rakan EXCO pemuda PAS Pusat pun sama . Dalam senyum mesra merapat ukhuwwah nyata tetap terserlah wajah kepenatan dan keletihan mengurus amanah dan tanggungjawab perjuangan besar lagi suci ini . Ustaz Riduan yang baru balik dari United Kingdom , Sdr Sabki mengendali pengurusan seketeriat Pemuda , sdr Adram pening kepala mencari dana untuk kelangsungan perjuangan , Sdr Kamaruzaman tak kalah seperti Menteri Wilayah Persekutuan menangani warga kota yang begitu rencam wajah kehidupan mereka yang terpisah dari wahyu Allah swt .
Boleh dikatakan nampak benar rasa penat dan letih dari setiap wajah seluruh EXCO Pemuda PAS Pusat . Namun mereka bijak mengatasi rasa agar tidak jelas kelihatan dihadapan umum . Tapi saya percaya mereka penat dan letih .
Memikirkan realiti ini maka yakinlah saya bahawa saya tidak keseorangan walau saat itu saya memandu keseorangan . Sedang saya belum lagi masuk kira seluruh pemimpin PAS terutama Mursyid Am , Presiden , Timbalan Presiden , Naib - naib Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat bahkan seluruh pemimpin dan aktivis parti disemua peringkat dan pastinya rasa saya yang paling penat dan letih ialah anggota Briged Unit AMAL yang siap bertugas bila dikerah tanpa peduli bila masanya .
Biasanya saat seperti itu membuatkan saya bertindak menghubungi sahabat - sahabat seperjuangan . Walau sekadar bertanya khabar sudah cukup membuatkan diri ini bermotivasi untuk meneruskan perjuangan yang serba mencabar . Tapi ... waktu dinihari seperti ini siapalah yang nak angkat telefon , nanti saya mengganggu mereka pula , sudahlah mereka kepenatan ...
Tok Guru Nak Saman UMNO
Akhirnya saya mencari vcd - vcd lama untuk dipasang bagi membelah suasana sunyi dan sepi sepanjang jalan yang telah melepasi jam 3 pagi .
Saya memilih vcd ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz al Mursyidul Am PAS . Sungguh menarik kupasan ceramah Tok Guru yang sememangnya dikenali dan diketahui umum kepakaran beliau menyampai ceramah dan mengupas isu yang berlaku .
Pertengahan ucapan Tok Guru , saya bagai terpaku apabila mendengar dengusan Tok Guru yang menegaskan bahawa beliau nak saman UMNO depan Allah di akhirat kelak . Saya tersentak lalu mengulang semula ucapan Tok Guru .
Tok Guru kata : " saya masuk hospital kerana UMNO , saya nak saman UMNO di akhirat kelak . Kerana UMNO melakukan perbuatan mungkar dan sebesar - besar mungkar yang dilakukan oleh UMNO ialah mengasingkan politik dengan agama . Saya terpaksa turun berjuang , keluar rumah berceramah , kuliah dan sebagainya . Nak duduk di rumah berehat tak boleh sebab Allah bagi lidah dan tenaga ni bukan untuk diam melihat sahaja mungkar yang UMNO buat .......
" Terpaksa keluar hingga larut - larut malam , akhirnya jatuh sakit masuk hospital . Ini semua kerana UMNO . Aku nak saman kamu wahai UMNO d depan Allah di akhirat nanti ...."
Begitulah lebih kurang ayat Tok Guru yang saya masih ingat . Tegas juga Tok Guru malam sewaktu menyampaikan ceramah tersebut yang dihadhiri puluhan ribu manusia di dataran Stadium Sultan Muhammad Kelantan .
Maknanya benarlah , Tok Guru juga penat dan letih memimpin perjuangan ini sejak sekian lama cuma beliau sangat gagah dan kuat menelan segala kepahitan dan kepenatan demi Islam .
Cuma apa yang membuatkan saya baru faham hari ini ialah , keletihan dan kepenatan yang dirasai selama ini bahkan kesakitan yang dialami rupa - rupanya berpunca dari UMNO dan BN . Manakan tidak , kalau lah tidak kerana UMNO dan BN menyuburkan bumi ini dengan segala macam maksiat , mungkar , penyelewengan , penindasan dan pengkhianatan kepada rakyat maka tidaklah penat begini kita di medan .
Kalau begitu Tok Guru , saya pun nak failkan saman . Saya percaya semua pemimpin PAS yang dulu dan kini akan turut di belakang Tok Guru menfailkan saman terhadap UMNO dan BN di depan Allah , kerana mereka lah sebahagian besar masa , tenaga dan harta kita habis terkorban . Siap kamu UMNO !
Pun begitu , saya sungguh yakin , belum sempat kita saman Allah swt pasti akan membayar segala ganti rugi kita sebagaimana firman Allah swt :
يا أيها الذين امنوا هل ادلكم على تجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . يغفرلكم ذنوبكم و يدخلكم جنات تجرى من تحتها الانهار و مساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم
Wahai orang - orang yang beriman , adakah mahu Aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu sedang sedemikian itu adalah suatu yang terlebih baik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . Malah ia Mengampunkan dosa - dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai serta disediakan tempat tinggal yang indah di dalam syurga A'dnin. Sedemikian itu adalah satu kemenangan yang agong.

Selasa, 23 Juni 2009

ALHAMDULILLAH...back to normal!!!! ALLAHUAKBAR!!!



MEMAAFKAN KESALAHAN sifat mulia. MENGAKU KESALAHAN adalah tidak hina.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Kita adalah manusia biasa bukan Nabi.
Kita bukan Nabi, Nabi maksum(terpelihara daripada melakukan maksiat).
Kita tidak sunyi daripada salah dan silap termasuk tuan guru-tuan guru.
Kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan.

Maka atas dasar itulah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf.

Oleh itu jugalah agama menganjurkan kita agar MEMAAFKAN KESALAHAN saudara seIslam kita apatah lagi yang bergelar sahabat atau kawan seperjuangan.
Kita tidak hina kerana memaafkan kesalahan sahabat. Begitu juga kita tidak hina kerana mengaku kesalahan yang telah berlaku.
Sifat MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain adalah antara sifat yang sangat mulia.

Imam al-Ghazali ada menyebut dalam kitabnya Bimbingan Mukminin bahawa keterlanjuran kawan di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat, maka menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan perhubungan dengannya. Setengah yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.


Allah telah berfirman:
عَسَى اللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً
“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang.” (al-Mumtahinah: 7)
Sekian, terima kasih.

UKHUWWAH FILLAH.....anda WAJIB berdoa untuk saudara seperjuangan. BACALAH DOA RABITAH

Saturday, June 20, 2009

UKHUWWAH FILLAH.....anda WAJIB berdoa untuk saudara seperjuangan. BACALAH DOA RABITAH

Salam sahabat-sahabat PAS, ABIM, JIM dan para mukmin,

Jadi hati kita, hati mukmin. Hati seorang mukmin adalah tidak pernah memendam dendam kesumat. Hati mukmin menjauhi permusuhan. Kalaupun bermusuh cepat-cepat rujuk-kembali kepada ALlah.

Apa tandanya hati anda adalah hati mukmin?
Tandanya ialah anda sanggup berdoa kepada ALlah untuk kebaikan saudara anda LEBIH-LEBIH LAGI saudara anda yang bermasalah atau bermusuh dengan anda.

Anda doakannya agar dosanya diampunkan oleh ALlah.
Anda doakan dia serta keluarganya selamat dan bahagia.
Anda doakan sahabat anda diberi kekuatan oleh ALlah.
Nah!..........kalau begitu anda telah mampu memadamkan api kemarahan, bara dendam kesumat dan panahan bisikan syaitan dari lubuk/gaung hati anda. Jiwa dan hati anda akan menjadi tenang. Ketika itu, hati anda adalah hati mukmin, tiada lagi dendam.

Sahabat-sahabat! Segera lakukan. Bacalah doa rabitah ........

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ،
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".
Sekian, terima kasih.

Kamis, 21 Mei 2009

Larangan al-Quran cegah 'selsema babi

Azamin Amin
Fri | May 22, 09 | 10:05:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172, mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.

Kata Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat,

"Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya dalam rancangan Halaqah terbitan TV9 malam semalam yang bertajuk "Selsema Babi" bersama ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof.

Dalam pada itu, Dr Danial menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekalgus boleh menukarkan virus menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia.

"Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lenih 25 jenis penyakit," katanya.

Malah kata Dr Danial 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu".

"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918," katanya

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit.

Babi katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya.

"Dalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larang tersebut dan memberitahu tentang bahayanya," kata Dr Danial lagi.

Dalam kesimpulan diskusi rancangan agama itu, Farid Ravi menjelaskan bahawa doa adalah merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak.

"Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Sementara itu Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.

"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin.

Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

"Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran.

"Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya. - azm _

Kamis, 14 Mei 2009

PENGALAMAN 6 JAM DI PEJABAT MB

13 Mei 2009


YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram.

Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang.

Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.

Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak.

Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama.

Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu.

Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira.

Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik.

Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana.

Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut.

Selasa, 27 Januari 2009

Apa yang Obama ada, YB Pakatan dan BN pun ada!


Sumber: Kerajaan Rakyat

Saya amat tertarik dan mengikuti dengan dekat perkembangan politik Amerika terutama sepanjang tempoh kempen pemilihan presidennya yang berakhir dengan kemenangan Barrack Obama. Malahan anak saya yang berada di sana turut membantu memberikan laporan kempen presiden sebagai menambahkan sumber rujukan saya.

Di Malaysia, saya sendiri melihat dan berada di dalamnya. Antara yang membezakan kaedah berkempen dan berkomunikasi di State (US) dan Malaysia adalah mereka menggunakan kemudahan komunikasi secara maksima, manakala politikus Malaysia mengabaikannya.

Obama, bukan manusia yang ‘terlalu’ hebat tetapi beliau mempunyai rantaian dan rangkaian sahabat yang hebat serta beliau cekap menggunakan segala peluang dan kemudahan yang ada.

Saya tidak berminat untuk menyentuh wakil rakyat UMNO/BN. Mereka hendak terlentang, terlingkup, tertiarap atau menonggeng, sukahati dia orang. Bagi saya, mereka adalah spesis yang hampir pupus.

Saya rasa berhak dan bertanggungjawab untuk menegur wakil rakyat dan wakil parlimen dari kalangan Pakatan Rakyat kerana seperti ramai pembaca Kerajaan Rakyat, saya sendiri adalah antara yang memberikan undi kepada mereka. Jika mereka lalai dan buat silap, saya kira wajib bagi saya dan semua yang memberikan undi kepada mereka menegurnya.

Tinggal lagi satu bulan akan genapnya setahun berlalunya PRU-12 yang telah mentsunamikan UMNO/BN dalam arena politik Malaysia. Jika dikira dari sudut maruah, UMNO/BN telahpun kalah diperingkat nasional. Pakatan Rakyat telah menang. Tetapi, bayangan kecundangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti tidak boleh dipandang sepi.

Kelemahan dan sifat ‘malas’ menimba ilmu dikalangan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, Parti KeADILan khususnya amat memualkan. Terdapat beberapa lembaga dalam Pakatan Rakyat yang bergelar YB tidak peka terhadap kepentingan ‘komunikasi maklumat’ memang tidak dapat disembunyikan lagi.

Beberapa hari lalu saya telah mengingatkan kepada pegawai khas Datuk Seri Anwar agar tindakan susulan yang drastik perlu diambil untuk memastikan para wakil rakyat KeADILan berinteraksi secara aktif dengan rakyat samada melalui blog, email atau sms.

Daripada penelitian dan pengamatan saya, terdapat beberapa EXCO, ADUN dan wakil parlimen di Selangor yang tidak mengindahkan email yang dihantar oleh rakyat kepada mereka. Lebih mendukacitakan terdapat beberapa YB yang langsung tidak membuka atau membaca email-email tersebut.

Barrack Obama mengakui bahawa beliau telah menggunakan segala kemudahan IT semasa kempennya dan bertegas untuk terus menggunakan ‘BlackBerry’nya sebagai salah satu daripada kaedah beliau berhubungan dan mengetahui dunia luar dengan cepat dan pantas. Barrack Obama adalah presiden Amerika Syarikat!

‘Without his virtual connection to old friends and trusted confidants beyond the bubble that seals off every president from the people who elected him, he’d be like a caged lion padding restlessly around the West Wing, wondering what’s happening on the other side of the iron bars that surround the People’s House.’

‘The president’s ability to reach outside his inner circle gives him access to fresh ideas and constructive critics,’ Mr Podesta said. ‘As president, it is more important than ever that he remain connected.’ — AFP

Saudara Anwar Ibrahim telah menerima lebih daripada 1,000 sms dan email pada hari pengundian semasa PRK Kuala Terengganu dan beliau telah membalas sebahagian besar daripadanya. Malahan dalam keadaan dan pada hari biasa, Anwar Ibrahim akan membaca kesemua email yang dikirimkan kepada beliau sebelum tidurnya atau sebelum waktu solat subuh dan beliau memberi respond kepada semuanya. Anwar Ibrahim adalah ketua umum parti KeADILan! Malangnya, ramai wakil rakyat yang berada dikelilingnya telah gagal mengikut caranya.

Jelas kaedah yang digunakan oleh Barrack Obama dan Anwar Ibrahim untuk berhubungan dengan pengundi dan rakyatnya juga dipunyai oleh para wakil rakyat KeADILan tetapi mereka samada culas, malas atau tidak tahu menggunakannya. Nampaknya, lebih cerdik anak jiran saya, baru berusia 6 tahun tetapi tahu bersms, beremail dan berfriendster.

Datuk Seri, saya kira saudara kena bertegas dalam hal ini. Pastikan wakil rakyat KeADILan dan Pakatan Rakyat mengekplotasikan segala kemudahan perhubungan yang tersedia agar mereka lebih peka dan tidak tersisih dan dipinggirkan oleh rakyat kelak.

Minggu, 25 Januari 2009

Melayu Kehilangan Tanah Keranamu Umno



Posted on Sunday, January 25 @ 12:04:38 MYT by zabidi
Oleh YB Dato' Hj Mahfuz Omar

TIDAK seperti di Permatang Pauh yang kecoh dengan isu liwat, suasana di Kuala Terenggan u lebih ‘geger’ dengan isu hudud dan pemberian hak milik tanah kepada orang bukan Melayu oleh Kerajaan Perak. Kenyataan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bahawa melaksanakan hudud adalah agenda perjuangan PAS dibesar-besar oleh media untuk menakutkan pengundi bukan Islam di bandar raya warisan pesisir air itu.

Di kalangan pengundi Melayu pula, mereka digemparkan dengan tindakan kerajaan Perak yang dipimpin oleh PAS memberikan hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang dianggap merugikan orang Melayu.

Saya tidak nampak apa relevannya isu-isu perkauman seperti ini terus dibangkitkan sedangkan dalam masa yang sama kita bercakap tentang kontrak sosial yang mana kita mengiktiraf bangsa-bangsa bukan Melayu sebagai warga negara. Kelas keduakah status kewarganegaraan orang Cina dan India? Atau kerana mereka bukan ahli BN, maka tidak layak bagi mereka? Memang menjadi senjata politik Umno semenjak zaman pra merdeka lagi untuk menajamkan isu-isu perkauman supaya Umno terus relevan. Mereka membangkitkan isu-isu kepentingan Melayu dan mengangkat keris apabila berhadapan dengan pengundi Melayu, kemudian membesarkan isu-isu agama apabila menemui pengundi bukan Melayu. Inilah kejahatan politik Umno yang sudah ditolak oleh rakyat!

Umno mungkin berterima kasih kepada Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak apabila baginda membangkitkan isu kampung baru ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga baru-baru ini. Memang satu realiti bahawa Raja-raja Melayu tidak senang dengan Racangan Briggs yang membuka kampung-kampung baru untuk menempatkan orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan. Tujuannya untuk mengelakkan orang Cina dipengaruhi komunis, tetapi Raja-raja Melayu melihatnya dari aspek hak tanah orang Melayu yang terjejas kerana dasar ini dilaksanakan oleh Hendry Gurney, Setiausaha Negara British di Palestin. Raja-raja Melayu takut negara ini menjadi seperti Palestin jika bangsa asing diberikan hak ke atas tanah.

Isu ini bukan hanya isu Raja-raja Melayu, tetapi isu parti-parti Melayu ketika itu juga. Malangnya, ketika orang-orang Melayu mempertahankan hak ketuanan Melayu di negara ini sebelum merdeka dahulu, siapakah yang mendesak hak sama rata diberikan kepada orang bukan Melayu? Bukankah Umno dahulu bermati-matian mahu orang bukan Melayu diterima kerakyatan mereka secara jus soli? Dato’ Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan dalam Umno apabila ada ahli Umno menolak dasar jus soli ini dan akhirnya beliau keluar Umno apabila cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu ditolak. Kemudian, dalam National Convention yang dipimpin oleh Umno pada 1954, cadangan PAS tentang kerakyatan dan hak mengundi untuk orang bukan Melayu telah ditolak kerana Umno mahu orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat negara ini.

Suasana politik pada masa itu dalam semangat kebangsaan telah membentuk kesedaran orang Melayu ke atas hak ketuanan mereka. Parti-parti kiri berjuang terus supaya hak ini dibela, tetapi dinodai oleh Umno. Raja-raja Melayu sendiri tidak berpuas hati dengan pendekatan Umno ketika itu sehingga Umno bermasalah dengan beberapa istana. Tetapi segalanya telah selesai apabila kita menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat negara ini secara sah melalui Perlembagaan 1957. Ini adalah kontrak sosial yang memberikan kedudukan sama taraf antara orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun dalam hal tertentu orang Melayu diberikan hak keistimewaan. Inilah realiti yang mesti dan terpaksa kita terima hari ini. Kerana Umno telah menyerahkan hak ini, maka kita perlu melayani rakyat bukan Melayu sewajarnya.

Memang senang untuk kita mempersoalkan tentang kewajaran kerajaan Perak memberikan hak milik 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru di Perak yang tidak berbangsa Melayu. Soalnya, mereka adalah rakyat negara ini dan mereka berhak. Ia bukan tanah baru yang dibuka untuk mereka, tetapi tanah yang didiami berpuluhan tahun, mungkin semenjak Rancangan Briggs lagi. Apakah kerana mereka berbangsa Cina, maka kita merasakan orang Melayu terancam. Mengapa Umno tidak berfikiran demikian 50 tahun dahulu ketika semua orang Melayu berfikir begitu. 50 tahun dahulu Umno merasakan orang Cina dan India perlu diberikan hak kerana mereka adalah penyokong Perikatan. Tetapi ketika semua orang Melayu sudah terbuka menerima hakikat negara ini adalah Malaysia, mengapa Umno begitu kolot untuk terus mengapikan isu perkauman yang sempit? Kerana Cina bersama Pakatan Rakyat mungkin!

Jika Umno mahu mempolitikkan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak itu, mereka harus mencermin diri dahulu. Sedar atau tidak kita bahawa hak ketuanan Melayu ke atas tanah telah dijamin melalui Tanah Rezab Melayu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan BN berapakah luas tanah rezab itu sekarang berbanding 50 dahulu? Mengapakah tanah-tanah-tanah milik melayu di Pulau Pinang sudah hampir pupus? Kerana DAP-kah? Atau kerana pengkhianatan Umno. Tanah rezab di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain masih banyakkah? Bukankah telah adalah peraturan supaya setiap tanah rezab yang diambil alih harus diganti tetapi mengapa ia telah berkurangan? Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik melayu. Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua. Upayakah orang-orang Melayu menguasai pusat-pusat perdagangan jika ia diwujudkan di kampung baru?

Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor. Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri? Adakah orang-orang Cina di kampung-kampung baru di Perak tidak memberikan ’habuan’ kepada pemimpin Umno untuk hak milik tanah itu, maka mereka tidak berpuas hati. Inilah realiti negara kita bahawa iu-isu hak dan ketuanan ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan mengisi poket sahaja, bukannya untuk kepentingan bangsa dan negara.

Saya menjunjung kasih kepada Raja Muda Perak di atas titahnya yang mengingatkan kita satu hakikat sejarah, tetapi ia tidak bolh dilihat sebagai sindiran kepada kerajaan Perak yang diketuai PAS. Tetapi ia harus direnung sebagai iktibar terhadap kegelojohan dan kerakusan pemimpin Umno dalam menggadai kepentingan orang Melayu di negara ini. Jangankan tanah, bahasa, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi orang Melayu semuanya sudah hampir tergadai angkara Umno. Umno harus memberhentikan kegelojohan mereka sekarang dan rakyat perlu bertindak untuk menamatkan riwayat politik Umno!

YB Dato’ Hj Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena

Merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Umno jadi pembangkang, Pakatan perlu sedia jadi pemerintah



Ahmad Lutfi Othman
Sun | Jan 25, 09 | 10:25:42 pm MYT

Semua pihak mengakui bahawa Umno kini hadapi saat-saat paling sukar dan paling getir. Bukan ia tidak pernah lalui zaman-zaman gerhana sebelum ini tetapi suasana mendung sekarang jauh berbeda.

Ragam rakyat, khususnya pengundi, juga berlainan. Minda mereka lebih kompleks. Kesedaran berpolitik juga bertambah matang. Mereka semakin terbuka dengan pendedahan luar. Manakala perubahan yang digembar-gemburkan pimpinan Umno hanya retorik.

Prestasi hambar

Pemimpin, aktivis dan penyokong Umno riuh-rendah mengulas prestasi hambar parti itu dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Pencapaian rakan-rakannya dalam BN, terutama MCA dan MIC, lagilah teruk.

Selain kritikan pedas Dr Mahathir Mohamad, ramai juga pimpinan Umno sendiri melakukan muhasabah dan kritikan terbuka. Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi dianggap penyebab utama kegagalan Umno. Desakan agar beliau berhenti tidak mudah diredakan.

Seperti lazimnya, timbalan beliau, Najib Razak dalam diam mengambil peluang. Abdullah yang kesempitan dibiarken kelemasan. Akhirnya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlangsung 2010 terpaksa dipercepatkan ke bulan Mac akan datang.

Lima bulan selepas pilihan raya umum lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Dalam pilihan raya kecil itu, Anwar Ibrahim memang dijangka menang mudah tetapi pemimpin karismatik berkenaan berjaya meningkatkan majoriti isterinya meskipun serangan peribadi terhadap beliau dipertingkatkan.

Najib terduduk

Sebagai penerajui kempen BN yang berkampung di kubu Anwar, Najib terduduk. Belum pun duka diubati, keputusan pilihan rayaa kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu menambah bisa dan pedih Najib. Kerusi Parlimen Umno di negeri yang dikuasai BN ditawan PAS.

Soalnya, apakah Umno yang gering kini mampu sembuh selepas musim beredar? Mungkinkah kes yang menimpa Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan suatu pengecualian atau jika calon lain dipilih BN, maka Pakatan Rakyat mungkin dapat dikecewakan? Benarkah seperti kata A Kadir Jasin, "Umno masih jauh daripada fasa nazak"? Rasionalkah telahan Mahathir bahawa "semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam pilihan raya umum ke-13"?

Sebagai ahli PAS dan petugas Harakah yang turun mengikuti kempen pilihan raya Kuala Terengganu tempoh hari, turut merasai debar menanti keputusan diumumkan, pastinya saya mengharapkan andaian Mahathir itu menjadi realiti walaupun banyak idea dan pendirian bekas Perdana Menteri itu sukar saya terima.

Umno hampir pasti jadi pembangkang

Saya juga mengharapkan pendapat Kadir Jasin itu tersasar; Umno memang gelisah menghadapi nazak dan saatnya menjadi parti pembangkang di seluruh negara hampir tiba. Naluri kewartawanan saya juga merasai detik PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa makin dekat.

Bagaimanapun, ia tidak semudah itu. Memang Umno yang sakit belum tentu disembuhkan segera. Begitu juga, PAS dan Pakatan Rakyat yang menang belum pasti secara automatik dapat menggantikan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Harapan dan impian satu hal yang berbeda dengan cabaran untuk mencapai cita-cita kudus itu.

Hanya kerana parti pemerintah yang seusia dengan Umno sudah menyembah bumi, seperti berlaku di negara-negara lain, namun tidak bermakna PAS bersama Pakatan Rakyat dapat mengambil alih posisi itu dengan mudah.

Umno sendiri mungkin sudah menyediakan resepi secukupnya untuk parti berkenaan digulung sejarah. ia semakin dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, satu tuduhan yang dahulunya dilemparkan kepada parti-parti pembangkang.

Soalnya, di mana kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat hari ini? Bagi saya, seperti ungkapan Musa Hitam, Umno kini menghidap penyakit tua, namun tidak bermakna orang tua mati lebih awal daripada golongan remaja misalnya.

Kemampuan menyesuaikan diri

Keupayaan PAS-Pakatan membentuk sejarah menerajui pemerintahan negara lebih ditentukan oleh parti berkenaan untuk menyesuaikan dirinya dengan tuntutan semasa dan perubahan zaman, lebih daripada mengharapkan Umno perlahan-lahan mati dengan sendirinya.

Sejauh mana selama hampir setahun ini PAS-Pakatan dapat membuktikan komitmen membela kepentingan rakyat, memenuhi segala janji dalam manifesto pilihan raya lalu, menyuntik keyakinan bahawa ia mampu melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan yang lebih baik, juga tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan wakil-wakil rakyat Umno-BN?

Apakah pimpinan PAS tetap mesra rakyat, turun mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat, tidak meninggi diri walaupun sudah menerajui negeri, tetap hidup sederhana meskipun boleh bermewah-mewah, mengelak dari dilihat sombong dan angkuh dengan kuasa?

Bukti di saluran mengundi

Anak muda dan golongan belia, seperti dibuktikan melalui saluran mengundi tertentu di Kuala Terengganu, sememangnya menolak BN. Kecenderungan ini berakar dan berlanjutan daripada trend mengundi, Mac 2008.

Sifat orang muda yang terbuka dengan maklumat, kritis terhadap persekitaran, ghairah dengan perubahan, pantang diperbodohkan, bersedia untuk menyanggah, membuka jalan untuk Pakatan bertapak lebih kukuh.

Jumlah pengundi muda ini semakin ramai. Dianggarkan menjelang pilihan raya ke-13, tiga tahun akan datang, dua juta pengundi baru bakal menjadi pemilih berdaftar.

Kesedaran berpolitik yang lebih matang akan mendorong empat juta lagi rakyat yang selama ini tidak mendaftar untuk berbuat demikian. Sudah tentu Umno bertambah gerun menghadapi ketidak-tentuan ini.

Walaupun Abdullah berundur dan Najib melakukan re-branding terhadap Umno, saya yakin imiginasi pengundi muda tidak mudah untuk bersama bakal Presiden Umno itu. Malah, imej buruk dan membusuk Umno tidak dapat dipulihkan Najib hanya dengan usaha-usaha kosmetik, apatah lagi bagasi sejarahnya cukup berat untuk diheret.

Umno sukar dipulih

Melalui media, kelihatan ada tekanan supaya Umno segera berubah sebelum ia ditolak pengundi. Pandangan kritis memulihkan Umno disiarkan walaupun ia umpama ubat yang pahit yang sukar ditelan. Ahli-ahli diperingatkan bahawa tanpa kuasa Umno tiada sebarang makna.Pimpinan Umno tentu sedar tentang derita penyeksaan apabila kuasa terlucut dan payahnya merangkul kembali.

Pilihan buat rakyat semakin jelas. Dulu BN sukar digugat kerana rakyat tidak nampak siapa alternatifnya. Lorong penyediaan sistem dua parti semakin luas dan hampir menjadi realiti.

Signal penubuhan Majlis MB-KM

Parti-parti bukan BN menunggu masa untuk digabungkan secara legal dalam Pakatan Rakyat. Halangan mendapatkan tujuh ahli dalam gabungan itu rasanya mudah dileraikan sekarang. Kesediaan parti-parti dalam Pakatan untuk berbincang tentang perbezaan dan bersetuju dengan persamaan kian terserlah. Penubuhan majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat adalah signal awal yang "cukup menjanjikan".

Saya memang berdoa agar impian ini mudah direalisasikan. Mudah-mudahan. _

Jumat, 23 Januari 2009

UMNO SUDAH HABIS GAS

Dilulus terbit pada Saturday, January 24 @ 00:40:16 MYT oleh alghaib
Oleh : Ustaz Haji Idris Ahmad

 ‘Umno hilang daya tarikan’ Kata Tan Sri Muhyudin, itulah tajuk berita Utusan Malaysia 20hb Jan 2009 Selasa melaporakan daripada MANAMA (Bahrain) UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu kerana UMNO kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu. “Kita perlu ada wow factor (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia kembali.

Inilah komen Tan Sri Muhyuddin mengenai kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 17Jan 2009. Pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @
Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan

Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai di zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka.
Nada kempen “kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur”

Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan. Kalau tidak ada Umno/BN pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Sebab itu manusia disebut sebagai “haiwan madaniyun” iaitu makhluk yang berkembang. Justeru itu Allah
amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah. Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan bugger.

Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka ialah generasi yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno/BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan. Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca. Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat
jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Monsun Cup yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun. Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak
itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno/BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat. Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah. Sedangkan Terengganu ada
hasil minyakl . Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah Bandar Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya kemana wang royalty minyak dibelanjakan.
Generasi muda pada hari ini adalah orang yang anti rasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah diperdulikan oleh pemimpin Umno/Bn malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik. Akibat
rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja di kampung mereka. Sebab itu Umno boleh tipu orang dalam sentengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.


Walaupun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana,"
(Utusan Malaysia 19/1/2009)
Kita hendak tanya bila kita janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang
undi Umno/BN dapat syurga. Kami sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga.
Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh kekal lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam mantan
Timbalan Perdana Menetri Malaysia. Umno kena tinggal ideologi lapok mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia. Semua ideologi manusia tersunggkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai di era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini. Benarlah firman Allah SWT” Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah
mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang
mu’min. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan” al-Hasyr, 59:2


Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihanraya Umno di Kuala Terengganu ialah semuanya egensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya. Umno perlu ingat apabila jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa. Setiap
tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihanraya Kuala Terengganu adalah dari kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat. Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang 5 negari Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh. Ada setengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan
terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat. Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan Pas dan Pakatan Rakyat kita tegak diatas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri. Umno bergerak dengan upah, bukan dari hati yang suci. Sebab itu di hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja. Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dengan bangsal panas Pas sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Confirmlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapor perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talqinkan oleh ahlinya sendiri.

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

P/S.. macam nie pun ader ker ????

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya kerana terlalu sayangkan isteri, seorang lelaki berjawatan tinggi dengan pendapatan lebih RM10,000 sebulan sering menjadi mangsa buli isterinya, termasuk dicederakan.

Paling menyedihkan, dia hanya diberikan wang saku RM20 setiap hari kerana wang gaji bulanannya dikawal isterinya.

Lebih malang, wanita itu turut mengambil kesempatan bermain kayu tiga apabila menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, lelaki itu yang terlalu sayangkan isterinya hanya berdiam diri walaupun dia sepatutnya menjadi ketua keluarga.


Kisah pasangan suami isteri itu terbongkar apabila si suami cuba mencari jalan penyelesaian dengan melaporkan perbuatan isterinya kepada Jabatan Pembangunan Wanita Perlis, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita negeri, Affendi Rajini Khan, berkata pihaknya terkejut apabila menerima laporan daripada seorang lelaki berjawatan tinggi berusia lewat 30-an itu yang tidak tahan diperlakukan seperti hamba.

Beliau berkata, lelaki berkenaan menemuinya untuk mendapat khidmat nasihat akibat perbuatan isterinya.

“Mangsa mengadu wanita itu berang baru-baru ini apabila ditegur ketika berselisih faham dengannya.

“Wanita itu bertindak kejam dengan membaling tudung periuk tepat mengenai dahinya hingga luka serta meninggalkan parut,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki itu turut mendakwa isterinya mempunyai teman lelaki yang pernah datang ke rumah.

Affendi berkata, suami wanita itu enggan bertindak balas terhadap isterinya kerana dia seorang yang penyayang.

“Dia memberi alasan terlalu sayang dengan tiga anak mereka hingga menyebabkannya mengikut segala arahan isteri,” katanya.

Selepas mendapat bimbingan dan kaunseling daripada jabatan, kata Affendi, lelaki itu memperoleh keyakinan diri dan mampu membina semula keluarganya seperti dituntut Islam dan lazimnya dalam sesebuah keluarga.

Ditanya kaedah digunakan bagi memulihkan keyakinan suami, beliau berkata, antara lain, lelaki terbabit diarah menunjukkan sikap sebagai seorang suami yang bertanggungjawab bagi mengelak dikategorikan sebagai dayus.

Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila lelaki itu menyatakan isterinya menyalahkan dia kerana gagal bertindak tegas ke atas perlakuan buruk isteri selama ini.

“Kami mendapati sikap terlampau sayang dan takut menegur menyebabkan si isteri naik tocang lalu bertindak di luar batasan untuk menguji kesetiaan suami,” katanya.

Affendi berkata, jabatannya banyak menerima aduan berkaitan poligami, perceraian serta cabul dan rogol selain permohonan bantuan kewangan.

“Kami terima banyak aduan setiap bulan. Namun, kami cuma mampu memberi kaunseling dan bimbingan kepada mereka,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, jabatannya dapat menarik lebih 5,000 penduduk untuk menyertai pelbagai program anjurannya termasuk kempen memerangi HIV/Aids, wanita dan kesihatan, dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komunikasi rumah tangga.

Jumat, 16 Januari 2009

Doa menghadapi godaan wanita:
“Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” (Yusuf, 12: 28)

Doa Hari ini!!!


Penghulu Istighfar
  • - Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau.
  • - Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdiMu.
  • - Aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar kepadaMu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku.
  • - Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan.
  • - Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmatMu ke atasku.
  • - Aku juga mengakui dosa-dosa terhadapMu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah.
Syaddad bin Aus r.‘a. meriwayatkan bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Penghulu istighfar ialah:“Allahumma anta rabbi…..” Sesiapa membacanya dengan yakin, pada waktu petang tiba-tiba ia mati pada malam itu, pasti ia masuk syurga. Sementara sesiapa membacanya dengan yakin pada waktu pagi, tiba- tiba ia mati pada hari itu, pasti ia masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan imam-imam hadis yang lain).

Kisah Cinta Adam dan Hawa


Syurga yang serba nikmat

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah)

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

1-15-2009 1-57-13 AM