Senin, 11 Agustus 2008

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB


Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 02, 08 | 12:35:25 pm MYT

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "Deepa raya".

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.

Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Mufti Yang ku Rindui Kelibatnya!!!!


Ya Allah, kami rindukan politik di bawah naungan wahyu-Mu Cetak E-mail
Oleh Mohd Asri Zainul Abidin
Ahad, 10 Ogos 2008

MENENTUKAN pendirian di zaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini adalah sesuatu yang amat sukar. Banyak perkara yang beritanya itu begitu banyak, tetapi untuk memastikan yang benar mengenainya bukanlah sesuatu yang mudah.

Apatah lagi barangkali zaman kita ini zaman kekeliruan dan kemunculan begitu ramai ruwaibidoh. Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat - adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya.

Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi SAW.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya‘la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Dalam dunia politik tanpa bimbingan wahyu, segalanya mungkin. Pembohongan bagaikan rukun politik yang tidak sah tanpanya. Demi kuasa, segala pembohongan boleh saja ! Saya amat kagum dengan tokoh agung umat ini Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata : “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa).

Zaman ini mungkin, jika umat tidak berhati-hati maka ramai pengkhianat diangkat sebagai hero atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar, dianggap sebagai pembohong dan pendusta.

Ramai pula yang tidak amanah ditabalkan dengan berbagai-bagai gelaran kemuliaan. Sementara yang amanah dan jujur akan dipinggirkan.

Hanya mereka yang memiliki jiwa yang luhur yang mampu membuat keputusan yang benar.

Justeru, Nabi SAW mengajar doa yang baik untuk diamalkan, terutama bagi kita pada zaman seperti ini, antaranya: Daripada Umm Salamah, katanya: Nabi tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali melainkan baginda mengangkat matanya ke langit dan bersabda: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda menunjukkan kepada kita contoh dan peringatan yang baik. Betapa hidup ini jika tidak dengan bimbingan Allah, nescaya manusia akan tersesat jalan.

Mungkin seseorang insan akan tersesat atau dia disesatkan oleh orang lain. Atau sendiri tergelincir dari jalan kebenaran, atau digelincirkan oleh orang lain. Mungkin juga dia menzalimi orang, atau orang lain menzaliminya. Atau dia bertindak secara bodoh atau orang lain menyebabkan dia menjadi bodoh. Ya! Rabb, hanya Engkau mampu melindungi.

Pada zaman ini, pelbagai berita datang dari bermacam penjuru. Bagaikan kilat, bahkan mungkin lebih pantas daripada kilat. Kemudahan teknologi telah bertukar menjadi kesusahan kehidupan yang mencetuskan segala rasa ketidaktenteraman, keraguan, kekacauan maklumat dan fitnah.

Sehingga kita kadang-kala tidak dapat lagi membezakan antara yang benar dan yang salah. Tidak dapat membezakan lagi antara berita fasik atau berita soleh atau berita lagha (sia-sia).

Jika al-Quran mengajar kita: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.(Surah al-Hujurat ayat 6).

Malangnya kita pula berada pada zaman yang walaupun era teknologi tetapi penggunanya sukar untuk dibezakan antara yang soleh dan fasik. Ramai yang menampakkan dirinya soleh, hakikat mereka ialah golongan jahat yang mencetuskan berita-berita fasik lagi bohong.

Bahkan bukan sedikit yang mengkaburkan kita dengan mendakwa segala tuduhan orang kepada dirinya semua bohong dan khianat, sementara jika dia menuduh orang lain pula semua benar dan betul.

Padahal, mungkin kesemua mereka yang bersandiwara itu hanyalah penyangak dan penyamun.

Pengganas

Jika berita itu tajaan ‘Amerika dan konco-konconya’, maka ramai pula orang yang baik dan soleh disenarai hitamkan sebagai pengganas.

Rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai pengganas kerana menentang dajal Israel yang merupakan Tuhan Politik Amerika.

Demikian mana-mana umat Islam yang bumi mereka diceroboh akan ditabalkan sebagai pengganas jika menentang pihak yang menceroboh apabila penceroboh itu bersekongkol dengan Amerika.

Wajah para pejuang yang jujur dan baik sentiasa buruk pada nilaian media tajaan Amerika dan Yahudi, jika perjuangan itu tidak mendapat restu atau berlandaskan garis panduan yang ‘diredai’ oleh Amerika.

Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262). Maka dalam soal kuasa segalanya boleh berubah.

Betapa ramai insan muslim yang tidak membuat sebarang jenayah cuba diheret oleh Amerika ke kandang orang salah hanya kerana perasaannya membenci kezaliman dan kedajalan Amerika.

Entah berapa ramai ulama yang Amerika labelkan mereka sebagai pengganas dan dipaksa kerajaan-kerajaan mereka bertindak ke atas mereka tanpa dosa yang nyata.

Dunia media Amerika penuh dengan pembohongan. Generasi kita pula, tidak semua mempunyai kemampuan membezakan antara berita yang benar diolah secara jahat, atau berita bohong yang ditipu secara terang atau berita palsu yang diriwayat secara indah. Maka terzalimlah banyak pihak.

Justeru kadang-kala kita tidak hairan apabila umat Islam yang beriman dan ikhlas sama ada di Barat atau Timur mempunyai kerisauan, atau berhati-hati atau salah sangka jika seseorang tokoh agama atau politik muslim itu begitu dipuja oleh media-media tajaan Amerika.

Dunia fasik ini amat mengelirukan kita.

Kehidupan juga demikian pada zaman ini. Entah berapa ramai yang menggunakan agama untuk membohongi orang lain. Betapa banyak serban dan jubah digunakan untuk melariskan barang atau untuk mengutip derma yang akhirnya masuk ke kocek sendiri.

Betapa ramai pula penceramah agama yang membaca nas-nas sama ada palsu atau dimanipulasikan demi melakukan barang jualannya.

Entah berapa banyak nas al-Quran dan al-Sunnah digunakan untuk mendapat kuasa dan harta.

Padahal cita-cita politik dan harta mereka tidak pula bertujuan mendaulatkan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ini bukan perkara baru, tetapi telah lama bermula. Firman Allah: (maksudnya): Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).

Dalam dunia politik tanpa bimbingan wahyu, segalanya mungkin. Pembohongan bagaikan rukun politik yang tidak sah tanpanya.

Demi kuasa, segala pembohongan boleh saja ! Saya amat kagum dengan tokoh agung umat ini Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata : “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa).

Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262). Maka dalam soal kuasa segalanya boleh berubah.

Politik yang sepatutnya merupakan usaha menggabungkan tenaga untuk memikir kebaikan umat dan merancang masa depan yang lebih diredai untuk masyarakat dan negara telah bertukar menjadi medan ‘londeh-melondeh’ antara satu sama lain. Ketajaman pemikiran yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan umat telah digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Caci-maki, kata-nista, tuduh-menuduh telah menghiasi corak politik warisan penjajah ini. Penyakit ini dihidapi termasuklah yang menggunakan nama Islam dalam berpolitik. Akhirnya, kerana kuasa, banyak prinsip dan nas yang sudah dilupakan. Maka tidak hairanlah jika Abu Musa ra. al-Asy‘ari menceritakan “Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW.

Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jika mengikut prinsip Islam, semua mereka yang gila ingin mendapatkan kuasa itu, hilang kelayakan untuk memimpin umat.

Kegilaan kuasa

Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”.

Politik yang sepatutnya merupakan usaha menggabungkan tenaga untuk memikir kebaikan umat dan merancang masa depan yang lebih diredai untuk masyarakat dan negara telah bertukar menjadi medan ‘londeh-melondeh’ antara satu sama lain. Caci-maki, kata-nista, tuduh-menuduh telah menghiasi corak politik warisan penjajah ini. Penyakit ini dihidapi termasuklah yang menggunakan nama Islam dalam berpolitik. Akhirnya, kerana kuasa, banyak prinsip dan nas yang sudah dilupakan.

Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain.

Sabda Nabi SAW: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berbeza prinsip dan dasar akan berpakat, yang tidur sebantal akan mimpi berbeza, bahkan mungkin membunuh kongsi dalam mimpinya. Itulah politik yang meminggirkan wahyu.

Meminta jawatan kepimpinan dalam Islam adalah dilarang melainkan dalam keadaan darurat apabila keadaan memaksa seseorang mendapatkannya untuk menyelamatkan umat. Itupun, hendaklah penuh dengan tawaduk dan merendah diri kepada Allah SWT.

Usaha untuk mendapatkan jawatan itu dijadikan ibadah yang dijaga disiplin dan peraturannya. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. yang pernah kita sebutkan. Firman Allah ayat 55-56: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”.

Dalam jiwanya insan mukmin soleh yang terpaksa mendapatkan kuasa itu bukan kegilaan kepada kuasa, tetapi tuntutan dan tanggungjawab membimbing manusia ke arah kehidupan yang berpandukan wahyu Ilahi.

Tidak kerana ingin membalas dendam, juga bukan sekadar untuk menurunkan harga barang atau menghapuskan rasuah. Tanggungjawab kepimpinan lebih daripada itu. T

anggungjawab pemimpin adalah membawa kita semua ke dataran yang diredai Allah, menyelamatkan rakyat dari kemusnahan hidup di dunia dan keburukan hidup di akhirat.

Dari diri yang insaf dan mendampingi Allah, lidah yang memuja dan memuji kebesaran-Nya dibangunkan niat dan usaha untuk membaiki urusan pemerintahan. Tidak kerana kuasa yang diidamkan, tidak juga kerana harta yang ingin dikumpulkan.

Ini dapat dilihat dalam kehidupannya secara peribadi yang berpandukan wahyu, mereka yang di sekelilingnya yang terdiri daripada insan-insan soleh dan mematuhi arahan Allah dan rasul-Nya, bukan insan-insan ‘yang dicurigai’.

Jika ini terjadi, tamatlah politik wang, maki hamun, londeh-melondeh, tuduh-menuduh dan matlamat menghalalkan cara seperti yang kita lihat pada gelagat ‘artis-artis’ politik kita pada hari ini.

Kita rindukan kuasa politik kita jatuh ke tangan insan-insan yang seperti ini. Sesungguhnya sudah sampai masanya untuk dilakukan tajdid (pembaharuan) menyeluruh kepada landskap politik kita yang kian serabut dan berselerak. Kita rindukan kempen politik yang penuh harmoni dan mengingatkan kita kepada Allah dan menjauhkan kita dari kegilaan kuasa.

Kita rindu mereka yang memasuki daerah politik hanya kerana kejujuran bukan kerana ‘ketagihan kuasa’. Kita rindukan mereka yang seperti ‘Umar bin al-Khattab yang berdoa agar Allah mengambil nyawanya sebelum dia mencuaikan tugasannya.

Kita rindukan watak ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz yang menangis bersendirian bimbang kegagalan menunaikan amanah Allah. Kita rindukan kejujuran dan amanah yang menghiasi kecepatan dan ketangkasan dalam bersiasah. Ya Allah! Kami rindukan politik di bawah naungan wahyu-Mu!

Penulis merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Rencana ini dipetik daripada kolum Pena Mufti Mingguan Malaysia - Pengarang

Belum Waktunya Untuk Bergabung?


Belum Waktunya Untuk Bergabung

Oleh : BLIND AUTHOR (18 / 03 / 2008)

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi, Tahniah dan selamat mengemban tugas yang baru malah lebih mencabar kepada semua ahli-ahli parlimen, especially ADUN@ADR pakatan rakyat yang baru dipilih buat julung kali atau untuk penggal yang kesekian kalinya. Tanpa dokongan dan iltizam semua pihak, kita pAkatan rakyat tidak akan mencapai kemenangan yang kita nanti-nantikan sejak dari dahulu lagi, manifesto-menifesto yang dipresentasikan baru-baru ini ketika kita berceramah, berseminar, Tanya-jawab dengan wartawan dll mesti dan mesti disave dengan baik dalam pikiran-pikiran MB dan barisan exco-exco yang terpilih suapya dapat dilaksanakan dengan semampunya, pengundi-pengundi yang memilih wakil rakyat pakatan rakyat baru-baru ini pasti menunggu dengan sabar apa saja yang akan dilakukan oleh meraka yang menjadi pemerintah baru mereka, kalau mahu digambarkan bagaimana tanggungjawab yang dibebankan kepada YB-YB semua, saya dan semua pendokong pakatan rakyat menyatakan tidak ada gambaran yang dapat dilukis untuk tuan-tuan semua, kerana pasti dan pasti kritikan, tohmahan, mehnah dan tribulasi akan dirasai oleh pimpinan-pimpinan yang baru ini, tapi tuan-tuan dan puan-puan semua jangan khawatir atau bimbang selagi kita berpegang kepada al-quran dan hadis jangan ada keraguan dalam memerintah kerana ALLAH dan rasulnya akan berdampingan dengan orang mendaulahkan agamanya, kalau sokongan yang diberikan dalam PRU ke -12 yang baru 4 bulan berlalu yang mana tuan-tuan dan puan-puan mendapat perhatian yang ‘amazing’ insyallah yakin dan percaya seramai itu juga lah yang akan menjaga tuan-tuan dan puan-puan pimpanan pakatan rakyat, sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan kita di 5 negeri (kelantan, perak, selangor, kedah dan penang) + KL, pada malam pengumuman tanggal 8/2/08 itu juga saya ada menelefon seorang sahabat di kedah, saya bertanya kepada dia, ustaz azizan ada habag apa tentang kemenangan nie? MB kedah yang baru yang kita sayangi ada menyebut, kami lebih risau kami menang daripada kami kalah, dari kata-kata MB baru itu dapat disimpulkan bahawa beliau meresakan tanggungjawab baru yang di emban atas bahu oleh ustaz azizan cukup berat dan dapat juga dirasai beratnya oleh semua pendokong pakatan rakyat, mungkin mukadimmah saya terlalu panjang dan keluar sedikit dari tajuk bahasan kita diatas, kenapa saya terfikir dan berminat untuk meng ‘highlight’ kan tajuk diatas kerana dalam seminggu dua ini, dalam media-media perdana kita terutama utusan Malaysia dan cakap-cakap dari pemimpin UMNO ada yang menyarankan supaya PAS dan BN bergabung membentuk kerajaan bersama, membentuk pakatan baru untuk memperkuatkan melayu atau ‘ketuanan melayu’ begitulah bunyi yang saya dengar dan lalu, bukan itu sahaja BEKAS Mb perak dan BEKAS MB selangor pun ada menawarkan jawatan yang mengiurkan untuk pimpinan PAS kedua negeri untuk membentuk kerajaan bersama, dan berharap PAS untuk bergadung dengannya, selepa meneliti dan menkaji sebaik-baiknya kata-kata dan dilontarkan oleh pihak UMNO@BN saya jadi hairan bin pelik, kenapa apabila BN mengalami kekalahan teruk baru-baru ini, pabila sudah terdesak dan sudah nyawa-nyawa ikan bilis, lalu terdengar suara-suara yang mendesak untuk PAS masuk BN, barulah terdengar untuk kepentingan ISLAM dan bangsa melayu yang lebih memusingkan kepala dan pikiran saya kenapa terlalu tergesa-gesa dan kenapa baru hari ini begitu bersungguh-sungguh nak menjemput dan membuka pintu untuk PAS, atau boleh dikatakan menghamparkan ‘RED CARPET’ untuk menyambut tetamu seperti PAS, yang ingin sayakan kenapa tidak dari dulu? Kenapa baru sekarang? Kenapa? Saya teringat pemimpin besar UMNO yang belum jadi besar tapi merasa besar dek jawatan mertua yaitu Naib ketua pemuda UMNO khairy jamaluddin sewaktu berucap di Kelantan untuk membantu DUN pasir tumbuh, beliau ada menyebut dalam ceramah beliau di akhirat nanti BULAN, bintang, bumi akan hancur semua, yang tinggal hanyalah DACING, bulan sudah hancur waktu tu, yang tinggal hanyalah DACING itulah yang menantu sebut ketika berceramah dangan nada yang cukup angkuh, sombong dan tidak berilmu, tetapi sekarang kita semua boleh melihat dengan mata kasar kita, siapa sahaja yang sombong dalam percakapan, malah saya juga hairan seolah-olah ketika menantu itu berucap dia lupa akan ALLAH s.w.t akan merekam kesemua ucapan menantu tadi, mungkin menantu lupa, atau pun kerana ketandusan ilmu, mungkin kita masih ingat pepatah melayu ada menyebut” kerana mulut badan binasa”, kerana salah ngomong badan terkena sialnya, Tun Dr Mahathir pernah mempersoalkan peran khairy jamaluddin yang nampaknya bagaikan dia ini seperti Timbalan perdana menteri, padahal si khairy ini Cuma seorang NAIB KETUA PEMUDA, memang ada tercatat dalam sejarah politik Malaysia, naib ketua pemuda mempunyai hak dan kuasa mengawal semua hal ehwal parti umno dan mengatur negara, jadi benar lah apa yang dipertanyakan oleh TUN Dr M yaitu ‘siapanya Khairy ini? Adakah dia seorang pegawai kanan kerajaan atau menteri, Sampai seorang MB pergi sambut dia di airport, kawal, arah, harus mengikut kerana takut hilang jawatan, seakan-akan khairy ini seorang yang benar-benar berkuasa, ini kebetulan dia menantu perdana menteri, jadi sekarangi ini gendang rebana yang lama istirehat kembali dipalu dan berbunyi ‘GABUNG LAH BALIK, GABUNG LAH!! DUM DUMDUM DUM!!! Begitu lah lebih kurang pemukul rebana dihayun sampai seluruh pelusok Negara mendengar pukulan rebena penggabungan tadi, waktu Tuan Guru Nik Abd. Aziz mentafsir al-quran dengan tafsiran yang tidak pernah kedengaran oleh telinga pemimpin UMNO, maka mereka menyebut ini tafsiran yang mengelirukan, yang menyesatkan, menyamakan tuhan dengan manusia, dll, sebab itu kembali saya mengingatkan apa yang saya sebut tadi, yaitu pemimpin UMNO ketandusan ilmu, seorang pemimpin wajib hukumnya untuk memiliki ilmu yang banyak dan pengalaman yang luas, kalau tidak memiliki ilmu yang luas lebih baik menyerahkan tangggungjawab yang berat seperti yang dirasakan oleh pemimpin pakatan rakyat ini kepada yang lebih berkompeten dan kapabel, sepatutnya pemimpin UMNO harus sedar dan bersyukur kerana kita masih dikaruniakan ulamak yang berjiwa pemimpin, bukan senang anugerah ini untuk kita dapat, jadi berilah peluang kepada mereka-mereka ini untuk mendakwahi kita, mentarbiyah kita, dan ingin menyedarkan kita akan kematian yang akan menimpa semua manusia yang bernyawa, haiwan pun mati, apatah lagi manusia, dan ingin menjadi orang-orang beruntung diakhirat nanti perlu la sentiasa muhasabah diri bukan kerana politik yang dibawa UMNO sanggup mengadai ibadah, prinsip, yang lebih bahaya lagi jika ada yang sanggup memutar belitkan ayat-ayat al-quran, jadi semua pemimpin UMNO, saya sebagai sahabat semuslim ingin mengigatkan insaflah sahabat yang ku sekalian sahabat yang ku cintai, dan sayangi, semua kita akan MATI!!!!!, semua kita akan merasi apa yang ustaz dan ustazah kita semua bercerita tentang azabnya alam barzaq, semua kita akan ditanya pemimpin yang bagaimana yang kita pilih untuk memimpin ketika kita hidup di dunia.

           Saya berpendapat  mengenai penggabungan PAS dengan UMNO, penggabungan PAS dengan UMNO masih lagi relevan untuk didialogkan cuma memerlukan persediaan yang jitu oleh kedua-dua pihak terutama PAS, jangan sampai kisah lama berulang kembali, jangan sampai kenangan pahit yang telah kita alami akan berulang lagi dan saya mungkin boleh mewakili seluruh ahli pas akan kecewa berat jika terjadi pergabungan terjadi buat masa ini, kerana saya merasakan kita mesti memerintah without kelibat umno, pikiran yang mengatakan hanya umno yang layak untuk memerintah Negara ini adalah salah dan mengarut atau irrelevant sama sekali, Cuma saya di akhirul kalam ini, saya ingin berpesan jagalah amanah yang telah diberikan, bagi ALLAH mudah untuk mengurniakan kemenangan, Cuma bagaimana kita untuk menyelesaikan kemenangan yang diberikan, jika kita banyak berdoa dan selalu meminta denganNYA insyallah kemenangan ini dengan mudah dilewati, orang-orang UMNO mungkin lupa, pemimpin kesayangan mereka pernah mengecop PAS adalah parti yang ganas, PAS anti pembangunan, PAS parti yang jumud, PAS hanya kuat di kelantan, PAS sudah ketandusan modal, PAS begitu PAS begini, macam-macam lagi la, yang saya nak tanyakan kepada ahli UMNO, mereka ingat atau tidak kata-kata pemimpin mereka tadi…kalau lupa boleh saya tolong remind kan, kalau nak diingatkan setiap kata-kata pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, maka boleh dikatakan susah untuk dimaafkan kerana terlalu banyak dan tidak terkira perkataan mereka yang menguris hati kita, tetapi NABI S.A.W sendiri memaafkan umat dia dan kita semua manusia yang dhaif dan tidak mengetahui kedudukan kita di akhirat nanti maka harus ada peluang untuk memaafka, Cuma tidak tahu kapan akan lunak hati ini? mudah-mudahan kita mendapat pengakhiran yang baik…insyallah…tuan-tuan pembaca sekalian saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Abd. Hadi dalam ceramah menyambut kemenangan PR di selangor baru-baru ini, beliau menyebut begini “ Saya hari ini ingin mengajak UMNO bersama dengan PAS, bukan PAS yang bersama dengan UMNO” bermakna jelas sekali makna dari kata-kata tadi bahwa…tidak akan ada istilah ISLAH kembali kepada UMNO, kerana terlalu banyak perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kepentingan agama, Negara dan bangsa kita….ALLAHUAKBAR!!!!!

Minggu, 10 Agustus 2008

Kelalaian yang melenakan


Kelalaian yang melenakan

OLEH : Mohd Hafidz Rizal

Mush’ab bin umair r.a adalah seorang yang berpribadi muslim yang lurus,benar dan tidak termasuk dalam golongan musyrikin,jasadnya dicincang demi membela dan memartabatkan agama Allah, Muaz bin jabal tidak pernah menyia-nyiakan waktunya, dia adalah seorang hamba Allah yang senantiasa mengkaji dan mengajarkan Al-quran dan As-sunnah serta mendakwahikan manusia menuju kepada kefahaman islam yang mendalam, Utbah bin kaab orang yang tidak pernah melalaikan Al-quran,dia juga adalah seorang “Qurra” (imam dan pemimpin para qari), yang senantiasa berkomunikasi dengan Al-quran, dia jadikan qalam Allah tersebut seperti teman sejatinya yang mana teman yang baik itu akan membawa kepada kesuksesan di akhirat kelak, itu antara 3 orang muda yang berjaya menahan diri mereka daripada terpengaruh dengan panggilan-panggilan syaitan, bukan hanya 3 orang ini sahaja yang dapat kita bahaskan, tetapi beberapa orang malahan puluhan orang-orang muda yang boleh kita ceritakan tentang kehidupan pada usia muda mereka…oleh yang demikian marilah kita mempertanyakan diri kita masing-masing adakah kita termasuk dalam nama-nama besar diatas?…adakah kita sedar kondisi diri kita sekarang?...ataupun kita sama sekali tidak mengenal mereka dan sama sekali tidak mau menuruti pribadi mereka yang berjaya memposisikan diri masing-masing menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang di pandangan umat islam hinggalah pada ke saat ini. Orang-orang muda sekarang sibuk dengan hal-hal yang bersifat murahan contohnya perdebatan-perdebatan tentang Hadis-hadis Ahad,cuba kita tanya kepada mereka yang sedang berdebat, berapa puluh hadis yang telah mereka hafal ?berapa kitab hadis telah mereka khatam atau belum pernah membaca sekali pon ? Sehinggakan mereka begitu yakin dengan hujjah-hujjah yang mereka lontarkan tadi, dan akhirnya perdebatan-perdebatan tadi membawa kepada permusuhan dan ada juga yang berkelahi…saya melihat ada beberapa sahabat-sahabat kita sibuk untuk berdemostrasi yang kadang-kadang pada saat melaksanakan demostrasi terjadi percampuran antara laki-laki dengan perempuan, merusak harta benda sekeliling, memacetkan jalanan dan banyak lagi kesilapan-kesilapan kita disitu yang mana sahabat-sahabat kita ini sedar atau tidak sedar mereka telah melepaskan usia muda dengan begitu mudah tanpa mendapat erti – erti yang bermakna yang dapat memberi bermanfaat untuk orang yang banyak,, saya secara pribadi ingin bermuhasabah untuk diri sendiri bahwa bilakah kita umat muslim akan menjadi pemenang-pemenang nobel ( orang –orang terbaik kerana sumbangan yang dia berikan kepada dunia ) bilakah ? atau sampai ke akhir zaman kita umat islam tidak akan merasai untuk menaiki podium penerima - penerima nobel, dengan problema yang saya sebutkan tadi, maka dengan demikian saya merasakan bahwa dengan kembali kepada penghayatan agama sahajalah kita dapat menyelesaikan masalah manusia, tanpa solusi dari agama maka menjadi barang pasti problema yang kita hadapu sekarang tidak dapat kita tuntaskan dengan baik dan sempurna, oleh yang demikian hadis dibawahii akan menceritakan sifat-sifat mulia yang harus dimiliki oleh orang-orang muda zaman sekarang,

Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah, pada hari tak ada naungan selain naungan-Nya:

1. pemimpin yang adil

2. pemuda yang giat beribadah kepada Rabbnya

3. seseorang yang hatinya selalu lekat dengan masjid

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah

5. Seorang pemuda yang dirayu oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan,namun ia berkata “ Aku takut kepada Allah”

6. Seseorang yang berinfaq secara sembunyi-sembunyi,sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.

7. Dan seseorang yang mengingat Allah dalam kesendirian hingga menangis. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari ketujuh-tujuh golongan diatas maka dapat kita tangkap atau memahami, jika semua kalangan orang muda ini tadi melakukan hal yang demikian maka insyallah ia akan membentuk mesyarakat yang betamadun dalam semua perkara, orang-orang muda tidak akan senang untuk beremosi dalam berhujah, berdemostari pun akan menjadi tertib, dan saya yakin akan lahirlah NOBEL MAN dari kalangan orang-orang muda muslim

Jadi ada beberapa bentuk kelalaian dan kesia-siaan hidup generasi muda, kerana kita semua termasuk dalam orang-orang yang mengabaikan dan kurang peduli dengan nasib pemuda, generasi muda sekarang, mereka terekspos kepada pelbagai godaan-godaan yang bersifat duniawi baik kepada laki-laki mahupun perempuan,saya sendiri (orang muda) yang menulis harus menahan diri daripada terpengaruh dengan hal-hal yang boleh membawa kerusakan akhlak dan tingkah laku, kita berharap mudah-mudahan Allah senantiasa menyayangi kita serta berkenan untuk menerima taubat kita, berkenan pula untuk mengembalikan kita dengan cara kembali yang baik. kita juga bermohon kepada Allah s.w.t agar menutupi aib dan cela kita, memelihara, dan memberikan petunjuk-nya serta memberikan pertolongan dan kekuasaan kepada kita semua .berikut ini adalah bentuk-bentuk kelalaian yang generasi muda jadikan sebagai permainana seharian mereka, ia telah dapat dilistkan oleh ulama’ Arab Saudi Dr A’idh Al-Qarni M.A:

· Mengolok-olok ulama dan juru dakwah

- Mereka menganggap remeh dan sepele tindakan “ memakan daging” (mengumpat ) para ulama dan juru dakwah.Bahkan para pemuda ini sering menjadikan mereka sebagai santapan gossip yang lezat dalam setiap perkumpulan.suatu kaum dan suatu bangsa tidak akan pernah bersih dan tenteram,kalau para ulama dan juru dakwahnya tidak dihargai dan dimuliakan.

Allah s.w.t berfirman :

“sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya,hanyalah ulama.Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi Maha Pengampun” ( Az-Zumar : 9 )

· Menjauhi masjid dan pengajian

· Berlebihan dalam bermain dan berolahraga

· Tidak mempedulikan olahraga yang dianjurkan Islam

· Memakai pakaian pendek

· Memanjangkan rambut dan memajang gambar

· Memanjangkan kuku

· Hobi berteriak dan saling mencela

· Menjadi supporter yang fanatic

· Enggan menikah kepada yang sudah sampai waktunya

· Mengidolakan non-muslim

· stylo

· Terpengaruh Iklan

· Menjadi pelanggan salon kecantikan

· Merokok

· Kecanduaan dadah dan yang sejenis

· Kerajinan tayangan tv dan video.

Akhirulkalan, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimullah ada mengatakan “ Setiap muslim dilahirkan dengan dua kali kelahiran: kelahiran yang pertama,ketika ibunya melahirkannya. kelahiran yang kedua, ketika dia mengikuti hidayah dan mengikuti Rasulullah s.a.w barangsiapa tidak dilahirkan pada kelahiran yang kedua, maka kelahiran pertamanya tidak ada gunanya bagi dirinya. Kerana kelahiran yang pertama sama seperti kelahiran haiwan, binatang melata, binatang ternak, burung-burrung, dan serangga”.nauzubillah…mari lah kita semua berfikir dan merenung setiap tindak tanduk kita, mudah-mudahan tindakan yang kita perbuat memberi faedah kepada semua tingkat manusia.

Program 'Membentuk Karakter Cara Islam'


PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA ( PPIM)

RINGKASAN PROGRAM

Nama : Membentuk Karakter Cara Islam ( MKCI )

Pengenalan : Membentuk Karakter Cara Islam ( MKCI ) merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan di Indonesia khusus buat mahasiswa Malaysia yang beragama Islam yang sedang menuntut di universiti-universiti di seluruh Indonesia. Program ini akan berlangsung selama 2 hari 1 malam dan pengisian yang akan disampaikan kepada peserta adalah berdasarkan modul “7 Habits of Highly Effective Mukmin’ & “ Aku Terima Nikahnya”.
Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk menguatkan semangat persaudaraan sesame Muslimin dan Muslimah Malaysia yang menuntut di Indonesia selain untuk meningkatkan motivasi para pelajar kearah pembangunan insan yang cemerlang.

Penganjur : Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) SCI Penganjur Bersama : Persatuan kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Makassar (PKPMI) Sasaran peserta : 250 orang (mahasiswa Muslim) Tempat : Gedung PKP, Makassar, Indonesia Tarikh 30hb-31hb Ogos 2008 Hari Sabtu – Ahad Anggaran perbelanjaan Rp. 28 245000

Maklumat lanjut : E-Mail : imam.sci@gmail.com
Laman Web: www.BG63.blogspot.com
No. Telefon : -+6281343741597 (Hafidz Rizal)
-+6285656382599 (Khairul Izzat)

ROSAK…rosak…rosak inilah tiga perkataan yang dapat oleh penulis simpulkan setelah pulang bercuti selama sebulan di tanah air yang kita cintai semua iaitu Malaysia, dalam jangka waktu sebulan saya dapat melihat bagaimana kehidupan seharian anak-anak muda-mudi yang semakin membimbangkan saya sebagai rakyat Malaysia, tanggal 31 ogos 1957 adalah tanggal yang cukup keramat bagi mereka yang berwarganegara Malaysia, kerena pada setiap tahun bersamaan dengan tanggal ini kita semua akan menyambut hari kemerdeaan, pejuang-pejuang menuntut kemeredekaan antaranya Dato’ onn jaafar,Tun Abd Rahman Al-haj, Dr burhanuddin al-helmi dan ramai lagi yang tidak sempat saya sebutkan,mereka ini adalah golongan perintis yang cukup memahami erti kemerdekaan, merdeka ertinya membebaskan diri masing-masing jiwa yang merdeka daripada penjajah, bebas pula memberi erti bahawa kita semua mesti menjauhkan diri kita masing-masing dari pemikiran penjajah, budaya penjajah,cara hidup seharian penjajah dan cara mentadbir sesebuah Negara, apa yang saya ingin sampaikan dari sejarah kemerdekaan ini adalah mengenai cara hidup penjajah yang telahpun meresapi kehidupan seharian anak-anak muda-mudi kita hari ini, walaupun mereka sudah selesai menjajah kita tetapi dengan datangnya kecanggihan teknologi maklumat pada abad ini menyebabkan kita semua sedar ataupun tidakm, bahawa diri muda-mudi sekarang telahpun dijajah kembali, kenapa saya menyebut diri muda-mudi sekarang telahpun dijajah kembali? pasti saya telah bersedia untuk menjawabnya, kerana dalam jangka waktu sebulan saya pulang untuk bercuti saya dapat melihat cara hidup mereka, pemikiran mereka, pakaian mereka dan idola-idola mereka adalah semuanya dari Negara penjajah kita dulu, teknologi maklumat yang kita banggakan pada hari ini dengan begitu mudahnya untuk mencari pelbagai informasi yang tidak membataskan kita, yang tidak memerlukan pasport, masa yang lama, wang yang banyak maka semua akan memperolehi berita-berita terkini di dalam dan luar Negara, tetapi dengan hadirnya teknologi pada hari ini khususnya INTERNET maka saya dapat simpulkan beberapa kebaikan dan ada keburukannya yang harus kita bahas bersama , kebaikannya adalah seperti yang saya terangkan diatas yaitu kita akan memperoleh informasi, artikel- artikel, tulisan-tulisna orang bijak pandai di luar Negara sana dengan cukup mudah dan keburukannya adalah muda-mudi pada hari ini dengan begitu mudah dapat menemukan gambar-gambar lucah, aksi-aksi porno, cara berpakaian ala masa kini dan banyak lagi , dan menyedihkan lagi ibu bapa zaman ini tidak terlalu tegas dan mengawasi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah sana, dan ibu bapa juga tidak memerhatikan secara khusus apa-apa saja perubahan yang ketara pada anak-anak mereka, adakah anak-anak mereka membawa budaya-budaya yang baik atau budaya-budaya yang buruk ke dalam rumah mereka, oleh kerana itu kalau kita mahu membandingkan masalah-masalah sosial yang terjadi dalam Negara kita hari ini cukup memalukan sebagai majority umat islam, Negara yang dipandang oleh Negara-negara luar sebagai Negara contoh yang mana Negara kita cukup terkenal dengan masyarakat yang mengamalkan islam yang sebenar, dahulu sebelum datangnya teknologi-teknologi yang ada pada hari ini, cukup jarang kita mendengar kes-kes yang pelik berlaku dalam Negara, tetapi hari ini masyarakat sudah terbiasa mendengar kes-kes rogol, rompak, dadah, mat rempit, wujudnya kumpulan yang menamakan kumpulan mereka atas nama black metal, untuk pengetahuan semua black metal telah jelas terkeluar dari landasan islam kerana meraka ini sanggup membakar al-quran, bersetubuh atas alquran….Masyallah inilah yang berlaku dalam Negara kita sekarang. belum lagi saya sebut manusia-manusia yang berhatikan iblis iaitu mereka yang sanggup membuang bayi hasil daripada hubungan diluar nikah, oleh yang demikian saya teringat kata-kata hikmah oleh seorang tokoh umat islam di Indonesia yaitu Bapak Kiai Haji Muhammad Natsir beliau ada menyebut “ semakin banyak gedung- gedung pencakar langit didalam sesebuah Negara, maka banyak jugalah kerusakan –kerusakan moral yang terjadi” baru-baru ini Mufti Perak Darul Ridhzuan Dato’ Harunssani telah melaporkan mulai tahun 1990 hingga kepada tahun 2005 orang melayu islam telahpun secara rasmi meisytiharkan diri mereka murtad dari agama islam sebanyak 250 000 !! mari kita mempertanyakan kembali dimana letaknya kebimbangan kita ? adakah kita boleh lagi untuk bersantai dengan angka yang cukup besar tadi ? ataupun kita kembali bertanya SIAPA SEBENARNYA YANG BERSALAH dalam masalah yang kita bahaskan ini? secara pribadi saya meletakkan ada beberapa pihak yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terjadi diatas antaranya ibu bapa, guru-guru mereka disekolah, alim ulamak dan pihak kerajaan sendiri, Pertama sekali ibubapa mesti memainkan peranan mereka sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka,islam telah mengajarkan kepada semua ibu bapa cara-cara mendidik anak-anak denga betul kerana Nabi Muhammmah s.a.w ada bersabda “ Tiada dari anak-anak yang diperanakkan melainkan bersabit diatas agama islam,kemudian ibubapanya yang akan menarik anak-anaknya kepada agama yahudi,nasrani atau majusi” riwayat hadis oleh bukhari,muslim dan abi hurairah,ibubapa juga diberi wewenang oleh islam untuk merotan anak-anaknya yang sudah mencapai umur 7 tahun jikalau anak-anaknya enggan solat,jika semua ibubapa dapat mendidik anak-anak mereka dengan didikan islam yang sepenuhnya maka insyallah kita yakin akan kebenaran islam bahwa anak-anak kita semua akan menjadi penyeri dalam keluarga kita,secara pribadi saya sarankan untuk semua bakal-bakal ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian apabila sampai usia persekolahan mereka, hantarlah mereka ke sekolah-sekolah agama, kerana di sana mempunyai guru-guru yang berkelulusan syariah,usuluddin,pendidikan islam maka mereka-mereka ini akan banyak membantu ibubapa-ibubapa dalam pendidikan memahami agama islam, pada masa yang sama juga alim ulamak mesti berani untuk menegur masyarakat untuk mengamalkan islam dengan sepenuhnya, 12 rabiulawal baru-baru ini kita semua menyambut maulidur rasul yakni hari kelahiran Nabi Muhammas s.a.w,lahirnya rasulullah s.a.w adalah untuk memberi contoh kepada kita semua, baginda telah menunjukkan contoh yang begitu cantik bagaimana cara mendidik keluarga menjadi sakinah,mawaddah, warahmah , dari segi pendidikan pentadbiran Negara pula baginda mendiri pemerintahan yang adil, adil bukan sahaja kepada yang muslim tetapi kepada yang bukan islam juga,dari segi strategi untuk memerangi musuh baginda menunjukkan metode yang dapat mengelirukan lawan-lawan sehingga baginda di segani oleh kawan dan lawan .

Akhirulkalam saya tertarik dengan satu hadis yang harus kita renungi bersama, diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-yamani r.a berkata katanya; “ Manusia sering bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik,tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan yang jahat kerana aku takut menimpa diriku,lalu aku bertanya : wahai rasulullah ! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran) adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab : ya,tetapi terdapat kekurangan dan perselisihan.aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? rasulullah menjawab dengan bersabda: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikutu selain dari jalanku,diantara mereka itu ada kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu; rasulullah menjawab ya,ketika itu ada orang2 yang menyeru manusia ke neraka jahannam,sesiapa yang mengikutinya akan dicampakkan ke neraka,bertanya lagi sifatkan mereka ya rasulullah : baiklah; mereka adalah sebangsa dan sebahasa dengan kita” wassallam.