Jumat, 05 Desember 2008

RETREAT PAS DI PULAU LANGKAWI

oleh Ibn Abdullah Awab

Keputusan Sedingin Bayu Di G M Cinchang

Berakhir dengan jayanya retreat Pimpinan Perdana PAS di Pulau Langkawi, maka PAS telah mencipta dan mencetus satu lagi sejarah pribadi. Pulau Langkawi merupakan pulau pelancungan - kawasan bebas cukai. Sebagai daerah kecil dalam Negeri Kedah yang baru di perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat dikemudikan oleh PAS dengan YAB DS Ustaz Azizan Razak adalah menteri besarnya. Sepanjang diretreat tertutup tersebut, ianya bertujuan mencanai minda menghasilkan keputusan terbaik untuk ahli dan rakyat amnya.

Jalan tunjuk yang dinanti dan ditunggu oleh seluroh Ahli PAS, penyokong PAS khususnya dikalangan penyokong yang bukan Islam. Pertemuan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS itu amatlah dilu-alukan kerana mereka berhimpun untuk merungkai cetusan perbezaan pendapat dan pertembungan sikap yang hampir mengugatkan keharmonian PAS selepas PRU menjadi solid bulat satu. Kini fajar gembira menyinsing diikuti mentari meninggi menggalah sebagaimana difahamkan, Inshaallah.

Perjalanan PAS selama ini obornya ditandu dengan panduan dan terlebih dahulu hendaknya mendapat pengiktiraf MajlisSyuraUlama untuk bertindak dan bergerak. Majlis Syura Ulamak PAS dibawah pimpinan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Darul Naim, juga telah menjawat jawatan Menteri Besar melebehi tempoh 18 tahun, Alhamdulillah. Bertimbalankan dengan Profesor Datuk Dr Haron Haji Din (setiap kali nama ini disebut ianya terlintas dikepala saya kampong Bok Mali khususnya Pondok Lebai Semail yakni kampung asai anak Hj Din Alim ini dilahirkan - kampong sebelah bunda saya adalah Sungai Berembang) bersama-sama Ahli Majlis Syura yang lain. Termasuklah Ahli Jawatankuasa Agong yang di ketuai oleh Presidennya YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang dan individu tertentu yang diizinkan hadzir.

Sebaik berakhirnya pertemuan tersebut penyokong Pakatan Rakyat di ke5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mereka sedang menunggu dengan teliti dan penuh minat merupakan penantian yang berkesudahan dengan jawapan resolusi retreat yang keramat. Sudah pasti diantara keputusan yann dicapai ianya wajar dimaklumkan kepada rakyat dengan kadar yang segera. Rakyat menunggu berita tersebut dengan kepercayaan dan pengharapan yang mengunung dipertanggungjawabkan demi untuk membina Negara Bangsa Malaysia.

Keputusan dan berita tersebut pasti akan menjadi pelancar ledakan pemangkin buka jalan dan jalan suluh untuk rakyat komposisi kepelbagaian kaum dinegara kita, berganding bahu bernaung dibawah panji-panji al badrul sejahtera perjuangan PAS. Rakyat khasnya pengundi dalam membuat keputusan undi menangani mewarnai kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat di PRU13 tidak lama lagi. Sekiranya Pakatan Rakyat tidak berkesempatan dan dizinkan Allah menubuhkan kerajaan Pusat dalam masa yang terdekat ini.

Selambar berita.

Perkhabaran gembira untuk tempoh terdekat hasil retreat tersebut, dikeluarkan oleh YB Ahli Parlimen Parit Buntar anak Almarhon mantan Mursidul Am PAS Pertama/mantan Presiden PAS TG Haji Yusoff Rawa. Iaitu ulamak muda YB Dr Ustaz Mujahid Yusoff Rawa juga AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasiona. Dibawah pengendalian penguasaannya adalah Kelab Penyokong PAS, beliau istiqamah berperanan dan berjasa besar dalam menggerak jentera pilihanraya untuk mendapat sokongan padu dari kaum Cina dan India, dengan menterjemah undi keramat mereka di PRU12 8 Mac 2008 yang lalu. Membolehkan calun-calun PAS mencapai kemenangan cemerlang banyak diKADUN dan diKAPAR yang pengundi penentunya dkalangan kaum Cina dan India, Alhamdulillah.

Anak muda yang berjiwa besar berperanan dalam memikul amanah partinya dengan berhadapan resiko yang besar, tanpa jemu keciwa dan berputus asa berusaha berterusan. Menganjurkan pertemuan, seminar, kertaskerja dan sebagainya, kini terjawab sudah bunga dan kelopak haruman jaya diretreat Langkawi. Pemuda yang mewarisi jejak perjuangan ayahndanya Yusof Rawa sebagai kata pepatah "seperti kuah tumpah kenasi". Justeru saya menyakini dan menerima perkhabaran berita darinya dengan perasaan gembira dan berbaur, kerana mengingatkan setiap kerja besar PAS sejak 1974 ianya wajib mendapat pengesahan dari perwakilan muktamar.

Semua keputusan besar didalam PAS, sejak dahulu ianya terlebih dahulu diminta mandat izin di dalam Muktamar Agong atau setidaknya di Muktamar Khas. Itulah caranya PAS menghadapi dan menyelesaikan masalah besar untuk memperkuat dan memperkukuhkan parti. Selalunya sesuatu kerja besar itu diiringi dengan cadangan pemindaan dan tambahan kepada undang-undang tubuh PAS yang dikenali sebagai Perlembagaan PAS. Selepas itu diangkat untuk dimenterikan menjadi tambahan undang-undang yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dalam keadaan itupun terdapat dikalangan minoriti ahli yang menentang keputusan muktamar yang berakhir dengan bekas ahli parti menubuh parti baru. Setiap parti serpihan dari PAS ditubuhkan diantaranya adalah Berjasa, Hamim, Bebas Bersatu dan Islah (yang tidak didaftarkan) semuanya umurn parti serpihan itu tidak lama dan tidak berperanan. Ramai dikalangan mereka yang kembali rujuk kepangkuan PAS sebagai landasan perjuangan, diantara mereka ramai terus mendapat tempat didalam PAS.

Mujahid adalah diantara beberapa tokoh muda (anak kelahiran selepas merdeka 31 August 1957) tampil kehadapan dalam PAS bersama dengan teman seangkatan dengannya mengambil jalan jalan perndekatan, meniup semangat perpaduan telus dikalangan kaum dengan sesungguhnya. Beliau bekerja serius dan membuat dan membentang kertaskerja, menganjur seminar, wacana ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah, nampaknya penat lelah beliau berbaloi kerana sinar terpancar dan mewangi kasturi telah mengeluarkan bau harumannya. Benarlah sekiranya Kelab Penyokong PAS itu mendapat restu awal yang mana ianya akan diangkat menjadi DEWAN setaraf seperti dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat yang sedia ada. Saya yakin berita tersebut melapang dada dan menjana khabar gembira kepada Ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang nanti berita dari kepimpinan PAS.

Sewajarnya satu Jawatankuasa Khusus bersabit dengan penubuhan DEWAN MUHIBBAH ini sewajarnya dianggotai oleh ahli-ahli yang berwibawa dari semua Dewan-dewan PAS yang sedia ada. Hendaklah diundang tokoh besar individu negara seperti TS Profesor Emeritus Dr KK Kim, Profesor Dr Jomo Kwame Sundram, Saudara Ann Wang Seng dan lain-lain mudah-mudah pemikiran dan minda dicanaikan mereka jalan pemudah untuk memperkasa kertas pelaksanaan Dewan Muhibbah untuk dibahaskan seluas-luasnya dalam Muktamar Tahunan Pas tahun depan 2009, Inshaallah. Mudah-mudahan Allah lanjutkan umur saya untuk memberi peluang menyaksikan detik penubuhan dewan tersebut. Secara jujur sayalah 30 tahun dulu diantara yang menafi dan menentang pandangan dan cadangan seperti ini. Kini saya adalah konsistan dalam uratnadi PAS tetapi saya sedia berdepan dengan perubahan dan sedia menerima perubahan, dan amat saya merindui menikmati perubahan yang mendaulatkan Islam mentahtakan Negara Bangsa.

Sekiranya info dari YB Dr Mujahid menyatakan sambutan dan sokongan dari TG Datuk Nik Aziz selaku Mursidul Am PAS dan saf pimpinannya merestui dan mendapat laluan jalan lurus dari Presiden dan AJK Agung; apakah bahasa secara pribadi saya untuk ditutur dan diaturkan disini? Bahasa cakap TG Datuk Nik Aziz yang disampaikan oleh Mujahid, mengheningkan saya dan saya terkedu dengan perasaan sebak dan berbaur yang amat sangat. Kerana saya mengimbau kembali orang yang sama selepas 26 tahun berlalu disaksikan di Dewan Zulkifle Mohamad pada kira-kira jam 10.00 pagi, Jumaat Oktober 1982 (sekembalinya dari Muktamar di DBP Kuala Lumpur yang menyebabkab YDPA PAS ketika itu Dato' Asri Muda dan pengikut setianya meletak jawatan masing-masing yang disandang berkesudahan dengan mereka keluar PAS).

Diantara intipati luahan perasaan Uztaz Nik Aziz ketika itu adalah "Pas Kelate tak boleh ada dua nakhoda, demo nak ke kawea atau nak ke Dato' Asri, demoe pilih? (Saya nukilkan disini, amat serius dan konsisten dan garang dengan kacamata diatas dahi mengeluarkan kenyataan tersebut) Sepontan ketika itu Exco dan Dewan Harian Pemuda Pas ketika itu yang sememang sediakala penyokong setia kepada Ustaz Nik Aziz Nik Mat bersama pimpinan pelajar universiti, meluru bergandingan tangan secara spontan melahir serta melafazkan sokongan padu dan berdiri teguh mempertahankan Uztaz Nik Aziz sebagai Pesuruh Jaya PAS Kelantan dihadapan stage dewan, bertakbir berulang-ulang dan masing-masing memberi ucapan sokongan yang pendek.

Diantaranya gagah berdada menghulurkan sokongan terbuka adalah saya sendiri Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood (Timbalan KPP Kelantan), Almarhom Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali, Haji Hashim Haji Omar Kubang Bemban, Sdr Husam Musa - UM (kini Exco KNK), Sdr Muhammad Hussein - UM (kini MP Pasir Putih) dan beberapa lagi. Ketua Pemuda Pas Kelantan ketika itu Ustaz Halim Abdul Rahman (MP Pengkalan Chepa - 8 Mac 2008) tidak hadhir (saya masih menyimpan gambar keramat tersebut dan baju yang saya pakai ketika itu masih dijagai dengan baik). Insan yang kami sokong dan kami dokong itu tidak salah dan tidak silap kami menghlurkan sokongan kudus kami ketika itu, kerana tokoh itulah yang telah melepasi 18 tahun menjawat jawatan MB Negeri Kelantan Darul Naim. Hingga kesaat ini, saya tidak pernah sama sekali berdetik dihati apalagi bersuara tinggi dihadapan Ayah Jit ini, kami mengenali dirinya, saya mengenali dirinya.

Sayalah diantara faqir yang sentiasa membeli nasi bungkus/nasi berlauk dan teh o bungkus di kedai makan Sumatera (bungkus cucuk dengan paku) atau pohon pertolongan Pak Teh (ketika itu pemegang kunci-kunci Bangunan PAS - kemungkinan meninggal di Mekah) juga Almarhom Pak Su Pi yang sentiasa memicit badan/belakang Tok Ayah Jit (Haji Saufi Kuchelong), makan bersama-sama. Sudah pasti Almarhom Buniyamin kami makan bersama-sama (ketika itu Buniyamin rumah tumpangnya adalah di Dewan Zulkifle - amat besar hambatan hidup dilalui Bung dan keluarga ketika itu), mungkin YAB TG Datuk Nik Aziz sudah tidak ingat ketika detik dan susah kita dahulu.

Tanam dan tuai.

Mujahid!!!!!!! Putra Almarhom Almarhom ayahnda kami TG Haji Yusoff Abdullah Rawa, mudah-mudahan apa yang anda dan teman-teman anda tanam dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS dikalangan anak cucu Adam-Hawa yang bukan berugama Islam, ianya akan disah dan diterima oleh sidang para Muktamar PAS tahun hadapan penuh dengan tanggungjawab terhadap agamanya, bangsanya serta negaranya kearah memperkasa Negara Bangsa. Kini anak muda kelahiran selepas merdekalah yang akan menjdi tunggak dan pelapis untuk mewarnai perjuangan PAS diatas paksi Islam berpandukan Al Quraan, Hadis Rasulallah dan Kias Ijmak.

Inshaallah seluruh ahli-ahli PAS akan menuai kejayaan penerimaan anak cucu Adam-Hawa berganding bahu seiring berdepan dengan UMNO-BN dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Yakin dan percayalah kehadapannya celik agama dan celek minda dan bijak menangni menyelesaikan masalah negara kita tercinta ini, UMNO ketinggalan seperti siput babi melata untuk mengejar kelajuan kita dalam alam siber dan maya menerima dan menghadapi perjuangan ini, tetapi syarat mutlaknya adalah Islam didaulatkan.

Wasallam.

Tidak ada komentar: