Ahmad Lutfi Othman Sun | Jan 25, 09 | 10:25:42 pm MYT
Semua pihak mengakui bahawa Umno kini hadapi saat-saat paling sukar dan paling getir. Bukan ia tidak pernah lalui zaman-zaman gerhana sebelum ini tetapi suasana mendung sekarang jauh berbeda.
Ragam rakyat, khususnya pengundi, juga berlainan. Minda mereka lebih kompleks. Kesedaran berpolitik juga bertambah matang. Mereka semakin terbuka dengan pendedahan luar. Manakala perubahan yang digembar-gemburkan pimpinan Umno hanya retorik.
Prestasi hambar
Pemimpin, aktivis dan penyokong Umno riuh-rendah mengulas prestasi hambar parti itu dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Pencapaian rakan-rakannya dalam BN, terutama MCA dan MIC, lagilah teruk.
Selain kritikan pedas Dr Mahathir Mohamad, ramai juga pimpinan Umno sendiri melakukan muhasabah dan kritikan terbuka. Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi dianggap penyebab utama kegagalan Umno. Desakan agar beliau berhenti tidak mudah diredakan.
Seperti lazimnya, timbalan beliau, Najib Razak dalam diam mengambil peluang. Abdullah yang kesempitan dibiarken kelemasan. Akhirnya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlangsung 2010 terpaksa dipercepatkan ke bulan Mac akan datang.
Lima bulan selepas pilihan raya umum lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Dalam pilihan raya kecil itu, Anwar Ibrahim memang dijangka menang mudah tetapi pemimpin karismatik berkenaan berjaya meningkatkan majoriti isterinya meskipun serangan peribadi terhadap beliau dipertingkatkan.
Najib terduduk
Sebagai penerajui kempen BN yang berkampung di kubu Anwar, Najib terduduk. Belum pun duka diubati, keputusan pilihan rayaa kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu menambah bisa dan pedih Najib. Kerusi Parlimen Umno di negeri yang dikuasai BN ditawan PAS.
Soalnya, apakah Umno yang gering kini mampu sembuh selepas musim beredar? Mungkinkah kes yang menimpa Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan suatu pengecualian atau jika calon lain dipilih BN, maka Pakatan Rakyat mungkin dapat dikecewakan? Benarkah seperti kata A Kadir Jasin, "Umno masih jauh daripada fasa nazak"? Rasionalkah telahan Mahathir bahawa "semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam pilihan raya umum ke-13"?
Sebagai ahli PAS dan petugas Harakah yang turun mengikuti kempen pilihan raya Kuala Terengganu tempoh hari, turut merasai debar menanti keputusan diumumkan, pastinya saya mengharapkan andaian Mahathir itu menjadi realiti walaupun banyak idea dan pendirian bekas Perdana Menteri itu sukar saya terima.
Umno hampir pasti jadi pembangkang
Saya juga mengharapkan pendapat Kadir Jasin itu tersasar; Umno memang gelisah menghadapi nazak dan saatnya menjadi parti pembangkang di seluruh negara hampir tiba. Naluri kewartawanan saya juga merasai detik PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa makin dekat.
Bagaimanapun, ia tidak semudah itu. Memang Umno yang sakit belum tentu disembuhkan segera. Begitu juga, PAS dan Pakatan Rakyat yang menang belum pasti secara automatik dapat menggantikan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Harapan dan impian satu hal yang berbeda dengan cabaran untuk mencapai cita-cita kudus itu.
Hanya kerana parti pemerintah yang seusia dengan Umno sudah menyembah bumi, seperti berlaku di negara-negara lain, namun tidak bermakna PAS bersama Pakatan Rakyat dapat mengambil alih posisi itu dengan mudah.
Umno sendiri mungkin sudah menyediakan resepi secukupnya untuk parti berkenaan digulung sejarah. ia semakin dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, satu tuduhan yang dahulunya dilemparkan kepada parti-parti pembangkang.
Soalnya, di mana kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat hari ini? Bagi saya, seperti ungkapan Musa Hitam, Umno kini menghidap penyakit tua, namun tidak bermakna orang tua mati lebih awal daripada golongan remaja misalnya.
Kemampuan menyesuaikan diri
Keupayaan PAS-Pakatan membentuk sejarah menerajui pemerintahan negara lebih ditentukan oleh parti berkenaan untuk menyesuaikan dirinya dengan tuntutan semasa dan perubahan zaman, lebih daripada mengharapkan Umno perlahan-lahan mati dengan sendirinya.
Sejauh mana selama hampir setahun ini PAS-Pakatan dapat membuktikan komitmen membela kepentingan rakyat, memenuhi segala janji dalam manifesto pilihan raya lalu, menyuntik keyakinan bahawa ia mampu melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan yang lebih baik, juga tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan wakil-wakil rakyat Umno-BN?
Apakah pimpinan PAS tetap mesra rakyat, turun mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat, tidak meninggi diri walaupun sudah menerajui negeri, tetap hidup sederhana meskipun boleh bermewah-mewah, mengelak dari dilihat sombong dan angkuh dengan kuasa?
Bukti di saluran mengundi
Anak muda dan golongan belia, seperti dibuktikan melalui saluran mengundi tertentu di Kuala Terengganu, sememangnya menolak BN. Kecenderungan ini berakar dan berlanjutan daripada trend mengundi, Mac 2008.
Sifat orang muda yang terbuka dengan maklumat, kritis terhadap persekitaran, ghairah dengan perubahan, pantang diperbodohkan, bersedia untuk menyanggah, membuka jalan untuk Pakatan bertapak lebih kukuh.
Jumlah pengundi muda ini semakin ramai. Dianggarkan menjelang pilihan raya ke-13, tiga tahun akan datang, dua juta pengundi baru bakal menjadi pemilih berdaftar.
Kesedaran berpolitik yang lebih matang akan mendorong empat juta lagi rakyat yang selama ini tidak mendaftar untuk berbuat demikian. Sudah tentu Umno bertambah gerun menghadapi ketidak-tentuan ini.
Walaupun Abdullah berundur dan Najib melakukan re-branding terhadap Umno, saya yakin imiginasi pengundi muda tidak mudah untuk bersama bakal Presiden Umno itu. Malah, imej buruk dan membusuk Umno tidak dapat dipulihkan Najib hanya dengan usaha-usaha kosmetik, apatah lagi bagasi sejarahnya cukup berat untuk diheret.
Umno sukar dipulih
Melalui media, kelihatan ada tekanan supaya Umno segera berubah sebelum ia ditolak pengundi. Pandangan kritis memulihkan Umno disiarkan walaupun ia umpama ubat yang pahit yang sukar ditelan. Ahli-ahli diperingatkan bahawa tanpa kuasa Umno tiada sebarang makna.Pimpinan Umno tentu sedar tentang derita penyeksaan apabila kuasa terlucut dan payahnya merangkul kembali.
Pilihan buat rakyat semakin jelas. Dulu BN sukar digugat kerana rakyat tidak nampak siapa alternatifnya. Lorong penyediaan sistem dua parti semakin luas dan hampir menjadi realiti.
Signal penubuhan Majlis MB-KM
Parti-parti bukan BN menunggu masa untuk digabungkan secara legal dalam Pakatan Rakyat. Halangan mendapatkan tujuh ahli dalam gabungan itu rasanya mudah dileraikan sekarang. Kesediaan parti-parti dalam Pakatan untuk berbincang tentang perbezaan dan bersetuju dengan persamaan kian terserlah. Penubuhan majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat adalah signal awal yang "cukup menjanjikan".
Saya memang berdoa agar impian ini mudah direalisasikan. Mudah-mudahan. _
Dilulus terbit pada Saturday, January 24 @ 00:40:16 MYT oleh alghaib Oleh : Ustaz Haji Idris Ahmad
‘Umno hilang daya tarikan’ Kata Tan Sri Muhyudin, itulah tajuk berita Utusan Malaysia 20hb Jan 2009 Selasa melaporakan daripada MANAMA (Bahrain) UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti itu yang sudah hilang daya tarikan serta membolehkannya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu kerana UMNO kini dibelenggu oleh pelbagai persepsi negatif yang dilontarkan terhadap parti itu. “Kita perlu ada wow factor (daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan iakembali.
Inilah komen Tan Sri Muhyuddin mengenai kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 17Jan 2009. Pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan
Sebenarnya apa yang berlaku ialah perjuangan Umno sudah tidak relevan dengan tuntutan semasa. Umno dalam kempennya masih lagi dengan modal lama iaitu pembangunan. Kempen ini sesuai di zaman Raja Bersiong bukan zaman langit terbuka. Nada kempen “kalau undi BN dapat pembangunan, kalau undi pembangkang negeri akan mundur”
Kempen seperti ini sudah tidak sesuai bagi sebuah negara yang hendak hendak masuk 52 tahun merdeka. Sekarang pengundi sudah matang. Mereka sudah memahami bahawa siapa sahaja yang memerintah dia akan membuat pembangunan. Kalau tidak ada Umno/BN pembangunan tetap dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang dipegang oleh manusia. Kerana fitrah manusia yang Allah beri kepada mereka otak yang sentiasa mencari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Sebab itu manusia disebut sebagai “haiwan madaniyun” iaitu makhluk yang berkembang. Justeru itu Allah amanah kepada manusia untuk mentadbir muka bumi ini sebagai khalifah. Allah tidak wariskan kepada binatang yang otaknya tidak berkembang. Sebab itu lembu daripada zaman purbakala makan rumput hinggalah tahun 2020. Lembu tetap makan rumput jangan kita andaikan lembu apabila dunia sudah maju dia akan makan bugger.
Generasi muda yang menjadi pengundi pada hari ini mereka ialah generasi yang celik maklumat. Mereka tidak akan mudah diperbodohkan oleh pemimpin Umno/BN dengan gula-gula pembangunan dan ugutan. Mereka tahu membezakan antara intan dan kaca. Mereka hendak pembangunan yang dilaksanakan biarlah manfaat untuk semua rakyat jelata. Bukan pembangunan yang hanya dinikmati oleh juak-juak pemimpin Umno Contohnya apa yang rakyat dapat daripada program Monsun Cup yang menelan belanja tidak kurang RM250 juta setiap tahun. Mereka mempersoalkan berapa banyak rumah nelayan yang terdapat di sekitar Pulau Duyung boleh dibina dengan wang sebannyak itu. Rakyat dapat hampas, kroni dapat isi dan kuah. Generasi baru tidak rela melihat pembangunan yang hanya dinikmati oleh segelintir anak beranak pemimpin Umno/BN sahaja, sedangkan ia tidak melimpah kepada rakyat. Mereka marah kenapa rakyat Terengganu termiskin nombor dua di Malaysia selepas Sabah. Sedangkan Terengganu ada hasil minyakl . Kenapa masih ramai lagi rumah yang tidak layak berada di tengah Bandar Kuala Terengganu yang dipenghuni oleh setinggan yang tidak sesuai wujud di negeri Kuwait Malaysia. Mereka bertanya kemana wang royalty minyak dibelanjakan. Generasi muda pada hari ini adalah orang yang anti rasuah. Mereka tahu bahana rasuah apabila menimpa dalam sebuah negara. Sikap ini tidak pernah diperdulikan oleh pemimpin Umno/Bn malahan indeks rasuah semakin meningkat bukan semakin baik. Akibat rasuah nilai projek sepatut boleh buat dua jambatan di kampung mereka tetapi hanya boleh membina satu jambatan sahaja di kampung mereka. Sebab itu Umno boleh tipu orang dalam sentengah masa tetapi ia tidak boleh menipu orang dalam semua masa.
Walaupun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam nada menyindir berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," (Utusan Malaysia 19/1/2009) Kita hendak tanya bila kita janjikan syurga kepada para pengundi? Saya hendak cadangkan supaya Ali Rustam cadangkan kepada penceramah Umno supaya janji siapa yang undi Umno/BN dapat syurga. Kami sikit tidak marah. Biarlah masyarakat menilai bahawa undi BN dapat syurga. Sebenarnya apa yang berlaku hendak menunjukkan bahawa memang Umno sudah tidak lagi boleh kekal lama dan Umno sudah tua seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam mantan Timbalan Perdana Menetri Malaysia. Umno kena tinggal ideologi lapok mereka yang tidak mempunyai hala tuju. Ideologi sekular yang Umno pejuangkan akan menemui ajal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia. Semua ideologi manusia tersunggkur di muka bumi ini. Dasar pragmatism (berubah-berubah) ikut suasana sudah tidak sesuai di era ini. Rakyat benci dengan sikap bermuka-muka dan menjadi bahan ketawa dan mainan orang sahaja. Kalau ideologi komunis boleh tersungkur dalam masa 70 tahun oleh pengikutnya sendiri, maka Umno juga akan roboh melalui pengikutnya juga yang tidak tahu apa yang mereka pejuangkan selama ini. Benarlah firman Allah SWT” Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka, sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan dengan tangan orang-orang mu’min. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan” al-Hasyr, 59:2
Umno hanya boleh bertahan kerana ia ada kuasa dan jentera kerajaan. Sebab itu kita boleh melihat yang menggerakkan jentera pilihanraya Umno di Kuala Terengganu ialah semuanya egensi kerajaan. Kalau hendak harapkan jentera parti ia tidak akan bermaya. Umno perlu ingat apabila jentera kerajaan mereka bekerja ikut waktu dan masa. Setiap tayar yang bergolek semuanya perlu disediakan wang. Berapa ramai pula pegawai kerajaan yang dikerah untuk membantu pilihanraya Kuala Terengganu adalah dari kalangan mereka yang menyokong dan simpati dengan Pakatan Rakyat. Sampai bila Umno boleh bertahan dengan sikap demikian rupa. Sekarang 5 negari Umno sudah tidak bermaya dan sudah lumpuh. Ada setengah tempat hendak buat mesyuarat Umno cawangan terpaksa buat di kedai kopi kerana tidak ada tempat. Selama ini pejabat Umno ialah hak milik kerajaan. Sekarang apabila Umno kalah maka tidak ada tempat untuk bergantung lagi. Ini berbeza dengan Pas dan Pakatan Rakyat kita tegak diatas keringat dan usaha pengorbanan di kalangan ahlinya sendiri. Umno bergerak dengan upah, bukan dari hati yang suci. Sebab itu di hari mengundi kita boleh lihat bagaimana bangsal panas Umno hanya meriah dalam beberapa jam sahaja selepas itu keadaan menjadi lengang, kerana bayaran setakat itu sahaja. Dari segi moral mereka sudah kalah. Ia berbeza dengan bangsal panas Pas sentiasa dipenuhi sampai tutup pintu pagar tempat mengundi. Confirmlah Umno sudah habis gas dan tidak mampu lagi untuk menyalakan dapor perjuangan mereka dan menunggu hari untuk di talqinkan oleh ahlinya sendiri.
KANGAR: Hanya kerana terlalu sayangkan isteri, seorang lelaki berjawatan tinggi dengan pendapatan lebih RM10,000 sebulan sering menjadi mangsa buli isterinya, termasuk dicederakan.
Paling menyedihkan, dia hanya diberikan wang saku RM20 setiap hari kerana wang gaji bulanannya dikawal isterinya.
Lebih malang, wanita itu turut mengambil kesempatan bermain kayu tiga apabila menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Bagaimanapun, lelaki itu yang terlalu sayangkan isterinya hanya berdiam diri walaupun dia sepatutnya menjadi ketua keluarga.
Kisah pasangan suami isteri itu terbongkar apabila si suami cuba mencari jalan penyelesaian dengan melaporkan perbuatan isterinya kepada Jabatan Pembangunan Wanita Perlis, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita negeri, Affendi Rajini Khan, berkata pihaknya terkejut apabila menerima laporan daripada seorang lelaki berjawatan tinggi berusia lewat 30-an itu yang tidak tahan diperlakukan seperti hamba.
Beliau berkata, lelaki berkenaan menemuinya untuk mendapat khidmat nasihat akibat perbuatan isterinya.
“Mangsa mengadu wanita itu berang baru-baru ini apabila ditegur ketika berselisih faham dengannya.
“Wanita itu bertindak kejam dengan membaling tudung periuk tepat mengenai dahinya hingga luka serta meninggalkan parut,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, lelaki itu turut mendakwa isterinya mempunyai teman lelaki yang pernah datang ke rumah.
Affendi berkata, suami wanita itu enggan bertindak balas terhadap isterinya kerana dia seorang yang penyayang.
“Dia memberi alasan terlalu sayang dengan tiga anak mereka hingga menyebabkannya mengikut segala arahan isteri,” katanya.
Selepas mendapat bimbingan dan kaunseling daripada jabatan, kata Affendi, lelaki itu memperoleh keyakinan diri dan mampu membina semula keluarganya seperti dituntut Islam dan lazimnya dalam sesebuah keluarga.
Ditanya kaedah digunakan bagi memulihkan keyakinan suami, beliau berkata, antara lain, lelaki terbabit diarah menunjukkan sikap sebagai seorang suami yang bertanggungjawab bagi mengelak dikategorikan sebagai dayus.
Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila lelaki itu menyatakan isterinya menyalahkan dia kerana gagal bertindak tegas ke atas perlakuan buruk isteri selama ini.
“Kami mendapati sikap terlampau sayang dan takut menegur menyebabkan si isteri naik tocang lalu bertindak di luar batasan untuk menguji kesetiaan suami,” katanya.
Affendi berkata, jabatannya banyak menerima aduan berkaitan poligami, perceraian serta cabul dan rogol selain permohonan bantuan kewangan.
“Kami terima banyak aduan setiap bulan. Namun, kami cuma mampu memberi kaunseling dan bimbingan kepada mereka,” katanya.
Sepanjang tahun lalu, jabatannya dapat menarik lebih 5,000 penduduk untuk menyertai pelbagai program anjurannya termasuk kempen memerangi HIV/Aids, wanita dan kesihatan, dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komunikasi rumah tangga.
Jumat, 16 Januari 2009
Doa menghadapi godaan wanita:
“Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.” (Yusuf, 12: 28)
- Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau.
- Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdiMu.
- Aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar kepadaMu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku.
- Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan.
- Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmatMu ke atasku.
- Aku juga mengakui dosa-dosa terhadapMu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, ya Allah.
Syaddad bin Aus r.‘a. meriwayatkan bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Penghulu istighfar ialah:“Allahumma anta rabbi…..” Sesiapa membacanya dengan yakin, pada waktu petang tiba-tiba ia mati pada malam itu, pasti ia masuk syurga. Sementara sesiapa membacanya dengan yakin pada waktu pagi, tiba- tiba ia mati pada hari itu, pasti ia masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan imam-imam hadis yang lain).
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah)
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Sevilla striker Frederic Kanoute is facing a fine from the Spanish football federation for revealing a T-shirt expressing support for Palestine during a match.
Kanoute lifted his Sevilla shirt over his head after scoring in the team's 2-1 Copa del Rey win over Deportivo La Coruna on Wednesday to display a black T-shirt on which the word "Palestine'' was printed in several languages.
The federation's Competition Committee is expected to study the incident on Friday Yellow card
Kanoute, who was born in France but plays internationally for Mali, is a practicing Muslim.
Kanoute's action, which has been interpreted as a response to Israel's recent attacks on Gaza that have killed nearly 700 people, was met with a yellow card from referee Antonio Mateu Lahoz.
Lahoz said in his post-match report that he had cautioned Kanoute for raising his shirt over his head in accordance with federation rules, while also noting the message of the striker's T-shirt.
Raphael Schultz, Israel's ambassador in Madrid, told Spain's Radio Marca on Thursday that Kanoute's gesture "had gone beyond his profession and Fifa rules to this respect.''
"I saw the match and the T-shirt bore nothing more than the name of Palestine.
"It was not an incitement against Israel.
"I don't think it extolled violence," Schultz said.
Public support
Meanwhile, Palestine embassy official Mahmoud Aluanen told the same station that Kanoute "has shown himself to be a very brave person to support our people at a public event."
"Sportsmen are human beings and cannot contain their feelings.
"They have all the right in the world to express their opinion about matters which contravene human rights.
"I'm sure that all Palestinian children, those who love football, will be happy about this gesture," Aluanen added.
The incident came a day before Palestinian president Mahmoud Abbas paid a visit to Madrid for talks with Spanish Prime Minister Jose Luis Rodriguez Zapatero and King Juan Carlos.. http://english.aljazeera.net/sport/2009/01