Senin, 10 November 2008

Selamatkan Siswi Kita !!!



Oleh: Asmah Andy
Mahasiswi PMIUTM

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan di kampus adalah tahap yang paling menyeronokkan dalam sejarah kehidupan manusia. Ada yang menganggapnya sebagai masa untuk honeymoon. Malah ana sendiri pernah mendengar ungkapan yang terbit dari seorang pensyarah yang mengatakan bahawa Life in campus is the best time that you experience in you lifetime.Ini menunjukkan, bahkan kalangan ahli akademik sendiri yang telah bertahun-tahun meninggalkan alam kampus turut mengakui indahnya kehidupan di alam kampus.


Namun, dalam melayari kehidupan kampus yang indah ini, adakah kita sebagai mahasiswa yang terpelajar, yang dianugerahkan Allah SWT dengan akal fikiran, sanggup membiarkan diri hanyut dibuai keasyikan dalam dunia yang fana ini? Atau dikecilkan skopnya, dalam kehidupan kampus yang singkat ini (mungkin 3, 4 atau 5 tahun sahaja) ? Sanggupkah kita ? Apatah lagi dengan masalah sosial, khususnya yang paling popular, budaya kapal layar @ couple yang semakin menjadi-jadi, terutama dalam kalangan siswi. Bukan bermaksud menghentam atau mengaibkan kaum sendiri, tetapi sekadar ingin membuka mata, telinga, mulut dan hati masing-masing agar lebih peka dengan kebajikan dan siswi kita pada hari ini. Mungkin ada yang beranggapan, Ah, peduli apa! Bukan hal aku! Tak payah susah-susah nak jaga tepi kain orang!

Sememangnya anggapan sebeginilah yang harus kita kikis dalam diri masing-masing kerana sikap kau dengan hal kau dan aku dengan hal aku inilah yang akan melemahkan bangsa kita. Sedangkan Islam mengajar kita untuk tidak membiarkan saudara kita berada dalam kesesatan. Kita tentu tidak mahu diheret ke neraka oleh saudara sendiri lantaran peringatan yang tidak disampaikan walaupun sedikit.

Berbalik kepada isu kapal layar ini, sememangnya golongan siswilah yang paling terkesan apabila dibangkitkan apa-apa sahaja yang berhubungkait dengan isu ini. Bukan menafikan kesensitifan atau kepekaan siswa, tetapi lumrah alam dan fitrah wanita itu sendiri yang mudah terusik hatinya. Ditambah lagi dengan bilangan siswi yang mengatasi bilangan siswa di kebanyakan kampus. Maka tidak hairanlah jika siswi juga yang seringkali dikaitkan dengan isu ini.

Menyelami faktor-faktor terjadinya situasi ini, hati ana tertanya-tanya, mengapa hendak bercouple? Apa keistimewaannya ? Apa kelebihannya ? Lantas, ana menemukan jawapan yang sememangnya biasa didengari, iaitu inginkan kasih sayang, rasa bahagia, dicintai, dihargai, diberi perhatian, ambil berat dan segala-galanya yang manis-manis belaka. Sekali lagi ana bertanya dalam hati, jika inilah kelebihannya, apakah semua ini tidak diperoleh daripada ibu bapa, keluarga atau rakan-rakan? Malang sungguh jika itulah yang dibangga-banggakan selama ini. Maaf, jika ana katakan bahawa sebelum ini ana pernah menganggap orang-orang yang bercouple ini sebagai kurang kasih sayang.

Bagi sebilangan siswi, mungkin ada yang berfikiran bahawa di usia muda dan dalam kampus inilah perlunya usaha gigih dalam mendapatkan jejaka idaman Malaya, kerana berpandangan jauh mengatakan takut tidak ada peluang lagi di masa akan datang. Wahai siswi, harus diingat,

Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia. (An-Nur : 26)

Malah, ada juga yang menganggap budaya couple ini sebagai satu tabiat biasa yang sukar ditinggalkan. Ekoran dari suka-suka, lantas terbiasa. Bukankah ini sesuatu yang merugikan ? Dari segi apa ? Tepuk dada, tanyalah iman. Lebih teruk lagi, apabila ada yang sanggup memahkotai nafsu, mengatasi maruah diri lantaran lemahnya iman dalam menangkis madah manis berduri sang pencinta duniawi. Apabila sayang sudah terucap, kasih sudah terluah dan janji telah terikat, maka melompat-lompat kegembiraanlah sang iblis melihat misinya telah tercapai.

Ingin ana tegaskan di sini, ana bukanlah orang yang berhak dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu. Yang berhak hanyalah Allah SWT. Ana sekadar menunaikan kewajipan sebagai saudara seislam yang prihatin dengan masalah kebejatan sosial dalam kalangan kaum ana sendiri, iaitu siswi. Dalam Surah Ali-Imran, ayat 104, Allah berfirman yang bermaksud :

Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Allah SWT juga memberi peringatan dalam Surah Al-Isra, ayat 16 yang bermaksud :
Apabila Kami hendak menghancurkan satu perkampungan itu, Kami banyakkan bilangan orang kaya dan mereka melakukan perbuatan fasik, sehingga berhaklah Tuhan menghukum dan Kami akan hancurkan.

Apa yang terjadi di zaman ini, ramai yang tidak mengambil langkah yang dianjurkan oleh Islam dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ramai yang terbabas jauh dari landasan Islam sebenar. Inilah yang berlaku apabila akal telah dibutakan oleh hawa nafsu.

Justeru itu, apa yang boleh kita lakukan, dalam setiap apa pun perbuatan kita, hendaklah didasari dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Sudah pastinya perbuatan buruk itu tidak kita ikhlaskan kerana Allah melainkan perbuatan baik sahaja. Oleh itu, bagi yang dalam lamunan asmara atau masih dalam dilema, gunakanlah akal dengan bijaksana untuk menimbang baik buruknya sesuatu perkara. Ikutlah ajaran Islam secara keseluruhannya, bukan separus-separuh sahaja. Bagi yang tidak bercouple, Alhamdulillah. Bukan bermakna perasaan anda sudah tiada, tetapi peliharalah kesucian hati agar indah pada pandangan Rabbi. Akhir kalam, Islam itu indah dan tidak susah, tetapi manusialah yang membuatkannya susah. Wallahualam

Kamis, 06 November 2008

Posting mendapat perhatian MSO

Kabinet Bayangan Cadangan Kerajaan Pakatan Rakyat

SEORANG penjenguk blog Merah Tinta bernama Fizmi telah memberi reaksi menarik kepada posting saya sebelum ini mengenai laporan mengatakan Pakatan Rakyat telah siap membentuk Kabinet.

Mungkin kerana gembira dengan laporan itu sedangkan tidak ada pengesahan secara rasmi daripada pihak Pakatan Rakyat beliau bersama rakannya membayangkan bagaimana bentuk Kabinet berkenaan.

Mungkin kerana ‘tunggu punya tunggu’ namun tidak juga muncul, Sdr Fizmi bersama rakannya yang menggelarkan diri sebagai manusia yang menyokong Pakatan Rakyat telah melakarkan sebuah Kabinet bayangan untuk dijadikan panduan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kabinet yang dibentuk ini mempunyai 25 portfolio, di mana portfolio itu mengikut susunan Kabinet kerajaan BN sekarang.

Dilihat kepada tokoh-tokoh yang diletakan itu sesuai dan tapat. Semuanya ada wibawa dan kebolehanan walaupun pengalamannya tidak ada. Berikut diturunkan susunan Kabiner Sdr Fizmi itu yang dikirim langsung ke email peribadi saya untuk hiburan para penjenguk blog ini:

KABINET BAYANGAN MALAYSIA 2008

PERDANA MENTERI : DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM

TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 : TUAN GURU DATO’ SRI HAJI HADI AWANG
TIMBALAN PERDANA MENTERI 2: LIM GUAN ENG
TIMBALAN PERDANA MENTERI 3: SABAH @ SARAWAK

MENTERI KEWANGAN : DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM
TIMBALAN MENTERI : DR SYED AZMAN NAWAWI

MENTERI PENDIDIKAN : DATO’ HASAN ALI
TIMBALAN MENTERI : DATUK KAMARUL BAHARIN ABBAS

MENTERI PENGAJIAN TINGGI : DATO’ KAMARUDDIN JAAFAR
TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI : MUSTAFA KAMIL AYUB

MENTERI PERTAHANAN : AZMIN ALI
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN : DATUK DR. ZAINAL ABIDIN AHMAD

MENTERI KESIHATAN : DR. LEE BOON CHYE
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN : DR. MOHD HAYATI OTHMAN

MENTERI DALAM NEGERI : LIM KIT SIANG
TIMBALAN MENTERI : N GOBALAKRISNAN

MENTERI LUAR NEGARA : NASARUDDIN MAT ISA
TIMBALAN MENTERI LUAR : DATO’

MENTERI KERJA RAYA : IR . KHALID SAMAD
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA : DR. MICHAEL JEAKUMAR DEVARAJ

MENTERI PENERANGAN : SAIFUDDIN NASUTION
TIMBALAN MENTERI PENERANGAN : OOI CHUAN AUN

MENTERI BELIA DAN SUKAN : MAHFUZ OMAR
TIMBALAN MENTERI : NURUL IZZAH ANWAR

MENTERI PELANCONGAN : TERESA KOK
TIMBALAN MENTERI : FAUZIAH SALLEH

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI :DATO’ HUSAM MUSA
TIMBALAN MENTERI : TAN KOK WAI

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH : SALAHUDDIN AYUB
TIMBALAN MENTERI : S. MANIKAVASAGAM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT : DR. LO’ LO’ MOHAMAD GHAZALI
TIMBALAN MENTERI : FONG PO KUAN

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI : DATUK ZAHRAIN MOHAMMED HASHIM
TIMBALAN MENTERI : WEE CHONG KIONG

MENTERI PENGANGKUTAN : DATUK DR JEFFREY KITING
TIMBALAN MENTERI : JOHARI ABDUL

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI : PROF. DR. P. RAMASAMY
TIMBALAN MENTERI : CHE ROSLI CHE MAT

MENTERI SUMBER MANUSIA : DR. HATTA RAMLI
TIMBALAN MENTERI : R. SIVARASA

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: MOHAMAD SABU
TIMBALAN MENTERI : GOBIND SINGH DEO

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: DATO’ RASHID DIN
TIMBALAN MENTERI : TIAN CHUA CHANG

MENTERI PENGURUSAN TANAH, GALIAN DAN KOPERASI : PROF. DATO. DR NIK MOHD ZAIN
TIMBALAN MENTERI : MOHD FIRDAUS JAAFAR

MENTERI JPM ( PERUNDANGAN ) : KARPAL SINGH
TIMBALAN MENTERI : ZULKIFLI NORDIN

MENTERI JPM ( AGAMA ) : DATO’ TAIB AZIMUDDIN
TIMBALAN MENTERI : PROF. DR RAZALI NAWAWI

MENTERI JPM ( PARLIMEN) : DATO’ SRI WAN AZIZAH ISMAIL
TIMBALAN MENTERI : DR BADRUL AMIN BAHARUN

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI : DR TAN SENG GIAW
TIMBALAN MENTERI : DR .ZULKIFLI AHMAD
[wm.kl 10;30 am 12/10/08]

2 comments:

Ajeem said...

kabinet ni bleh jadi bahan lawak dan menjatuhkan kredibiliti PR sahaja.pertama,nurul izzah tidak sesuai dilantik sebagai timbalan menteri memandangkan belum berpengalaman dan yang palin penting ia akan dijadikan 'peluru berpandu' pihak lawan.kronisme dan nepotisme.

kedua,tak payah letak husam musa sebagai menteri.cukuplah beliau diperingkat kerajaan negeri dan dilihat sebagai bakal MB.ketiga,kenapa azizah dilantik lagi dalam kabinet sedangkan beliau bukan lagi ahli parlimen.beliau meletak jawatan kerana atas sebab tersebut iaitu tidak ingin memegang lagi sebarang jawatan dalam kabinet.

keempat,bagaimana mat sabu dilantik pula menganggotai kabinet sedangkan beliau kalah dalam pilihan raya dan ia menunjukkan bahawa beliau belum cukup berkredibiliti.mana perginya ahli parlimen yang berhijrah?sebiji pun tak diletakkan nama mereka?

apa pun,kabinet bayangan dan ramalan tersebut tidak ubah seperti ramalan orang yang masih belum bangun.t.kasih.

Hijrah said...

Rilex brader... Kan MSO da tulis kat last skali posting dia... hanya utk hiburan

Mencari Obama Malaysia



BARACK Obama sudah boleh duduk selesa dan tidur nyenyak. Beliau telah pun menang sebagai presiden Amerika Syarikat ke-44 mengalahkan calon parti Republikan, John McCain. Dalam uisa 48 tahun jantan kulit hitam itu mencipta sejarah sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika. Syabas!

Ramai orang tumpang gembira dengan kemenangan Obama. Orang ramai dari seluruh dunia seolah turut membuat perubahan ke atas Presiden Amerika kerana terlalu benci kepada dasar luar dan tindakan ganas George W Bush.

Nampaknya semua pemimpin negara dunai dan Malaysia memberi pengharapan tinggi kepada Obama. Mudah-mudahan Obama akan dan mampu melakukan semua yang dijanjikan dalam manifesto kempennya.

Dua perkara besar yang ditunggu oleh dunia untuk diperhatikan oleh Obama. Pertama mengenai permukiman tentera Amerika di bumi Iraq dan Afghinstan. Dan kedua usaha untuk memulihkan ekonomi / kewangan Amerika yang dalam keadaan tenat kini.

Obama berjanji dalam tempoh 16 bulan beliau menjadi Presiden Amerika beliau akan menarik balik tentera Amerika di Iraq. Bagaimana pun beliau akan mengukuhkan kedudukan tentera Amerika di Afghanistan. Tentunya tindakan kedua Obama itu berbau pengkhinatan dan kegagasanan yang dimulai oleh George W Bush.

Sudah pasti sekiranya Obama tidak melaksanakan janji atau komitmen ini dan terus mengekalkan memperkuatkan kedudukan tentera Amerika di Afghanistan lama kelamaan pemujaan umum kepada beliau akan pudar. Apa lagi kalau beliau memungkir janiji ini Obama boleh dibenci dunia dalam sekelip mata sahaja.

Bagaimana pun Amerika Syarkat sudah pun selesai membuat pemilihan pemimpin baru mereka. Tetapi bagaimana dengan Malaysia. Malaysia juga sedang mencari dan menunggu kehadiran Obama baru mereka selepas Obama tua akan berundur dan mengaku kalah pada Mac depan!.

Mohd Najib Razak dikala ini dianggap akan menjadi Obama Malaysia apabila dijangka mengangkat sumpah sebagai PM pada Mac depan. Hari ini dalam proses pemilihan presiden ala Umno penuh dengan tipu daya dan rasuah Najib sudah mengenepikan Obama bernama Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimana pun sambutan dan pengalu-aluan ke atas kemenangan tidak bertanding Najib itu tidak sehebat dan semeriah sambutan ke atas kejayaan Obama Amerika. Ramai yang sangsi kemurinian dengan kemenangan Najib itu.

Lantaran kelesuan itu menyebabkan ada pendapat mengatakan Najb tidak akan sempat menjadi Obama Malaysia. Kalau Babark Obama sudah pasti akan mengangkat sumpah dan memasuki Rumah Putih 1 Januari depan, Najib belum tentu lagi akan mengangkat sumpah dan memasuki Putrajaya pada Mac depan.

Perkembangan terakhir ini ada tanda-tanda dalaman Umno ingin menyingkir Najib. Sejauh mana ia benar tetapi itulah bisik-bisik yang sedang dilakukan. Obama tua, Abdullah Ahmad Badawi dikatakan akan membuat beberapa kejutan terhadap Najib sehingga orang ramai hilang kepercayaan dan keyakinan Najib akan jadi PM.

Obama Abdullah juga dikatakan akan membuat rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat untuk mengganti beberapa orang pemimpin MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan dalam pucuk pimpinan parti berkenaan. Di kesempatan itu khabaranya Abdullah akan turut sama membuat rombakan ke atas jemaah menteri Umno. Obama Muhyiddin disebt-sebut akan bertukar porfolio! Untuk apa?

Dalam riuh randah Obama Abdullah kononnya akan membuar rombakan Kabinet itu, Obama Razaleigh Hamzah dikatakan dibawa masuk semula? Usaha dan rundingan dengan Tengku Razaleigh sedang dilakukan. Bagaimanapun ikemungkinan ini bukan mudah untuk berlaku. Masakan Obama Razaleigh yang dihancur dan dimalukan itu bersedia untuk diajak berunding.

Bagaimana pula dengan Obama bernama Anwar Ibrahim? Tangap 16 September yang sepatutnya Anwar angkat sumpah jadi PM sudah pun berlalu. Anwar tidak sempat menjadi Obama pada tarikh itu sebab tidak ada Obama-Obama kecil yang sedia dan sanggup menjadi katak dan kanggaroo ataupun Obama ala 40 penyamun dengan Ali Baba.

Sesiapa pun bakal menjadi Obama Malaysia dia hendaklah seperti Babark Obama Amerika itu. Seorang yang optimis, bersemangat dan dapat membaca kehendak semua lapisan masyarakat. Babark Obama mempunyai kelebihan ini. Meskipun beliau kulit hitam namun politiknya berjaya meyakinkan orang kulit putih menyokongnya. Obama Amerika berjaya menyisihkan pandangan hina orang kulit putih kepada kulit hitam. Obama itu berjaya menghapuskan diskriminasi kaum.

Itulah pemimpin sebenar namanya. Mempunyai kemampuan, kekuatan dan rahsia untuk mengubah hati dan jiwa manusia. Dalam perhatian saya Obama Malaysia yang mampu berbuat demikian ialah Anwar Ibrahim menerusi pendekatan politik barunya. Walaupun usianya tua, namun poltik Anawar tetapi berjiwa muda.

Obama Najib, usianya muda tetapi politiknya terikat dengan konservetif dan nasionalis Umno. Najib tidak akan berjaya memudahkan politik Malaysia selagi beliau tidak merombak paradigma lama dalam Umno. Saya yakin sekiranya dalam pilihan raya akan datang Umno diketuai Najib Umno akan ditolak oleh pengundi muda.

Walaupun Najib sudah berusaha ke arah itu awal-awal lagi beliau sudah ditentang. Tengok percakapannya untuk menghapuskan DEB secara perlahan-lahan, beliau sudah ditentang. Sudah ada perakan mini membantah langkah Najib.

Jadi siapakah Obama Malaysia? [wm.kl 3:00 pm 06/11/08]

INI JAWAPANNYA>>>Insyallah akan menjadi kenyataan..

Senin, 03 November 2008

Utusan manipulasi kenyataan Presiden PAS



KUALA TERENGGANU, 2 Nov :-Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

(Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan)

Hadi mahu penjelasan Oleh ZULKIFLI MANZOR KEMAMAN 1 Nov. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut. Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu. ��Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam. �Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,� katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini. Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini. Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera. Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor. Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu. �Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya. Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

________________________


Seluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar.
Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato� Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline.

Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia.

Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong.

(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)

DS Hadi : Soalan teruslah

Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik

DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti

Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu.

Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara.

Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut.

Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi

Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu

DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain

Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar

DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata

Lee : Jadi Dato� Seri masih yakin boleh lagi lah dalam...

DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato� Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik

Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit

DS: Saya baru balik

Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah

D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO.

DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan

Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni.

DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur.

Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.

DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.

Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.

DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.

D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.

Lee: aa�pemangku.

D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.

DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.

Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?

DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.

Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?

DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.

Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...

DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?

DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah� kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.

Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan.

DS Hadi: Yang masuk pun dah ada.

Sazali: Dari pimpinan Umno?

DS Hadi : Iya � ada pimpinan Umno yang masuk.

Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah�pemimpin yang sudah masuk dalam.

DS Hadi: Bila tiba masa lah.

Sazali: Tak boleh beritahu ya?

DS Hadi: Aah...tak boleh lah.

Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional?

DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno.

Khairul Rizal: Di mana?

DS Hadi: Di Johor...di Johor

Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda.. lepas�mungkin ada komen dari sudut penghakiman.

DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus.

Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato� Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi.

Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah.

Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik.

Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik. - Buletinonline